Páginas

Thursday 26 June 2014

Penjawat awam perlu bersedia Transformasi Terengganu baru - MB

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
 
KUALA TERENGGANU: Penjawat awam perlu di negeri ini perlu bersedia dengan tiga cabaran awal yang perlu dihadapi untuk merealisasikan Transformasi Terengganu Baru (TTB) demi manfaat rakyat dan masa depan yang lebih gemilang.

Penternak ayam dapat vaksin NDV4HR secara percuma

Nawi Mohamad

KUALA TERENGGANU 24 Jun - Penternak ayam kecil-kecilan di negeri ini terutama ayam kampung berpeluang mendapatkan vaksin NDV4HR secara percuma melalui penyertaan dalam program Jom Bertani yang dilancarkan baru-baru ini.

Foto Pilihan Hari Ini

14 Jun 2014 - Sajian Al Barakah Ramadhan bersama Chef Wan. Haji Pehimi tidak sabar untuk mencuba masakan oleh chef terkenal tanahair yang diadakan di Dewan MDB Gong Kemuntong. Program anjuran ECER.

Penutup Bangsal Tomoi Alur Lintah

24 Jun (Selasa) - YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof telah melakukan penutup bangsal Tomoi Alur Lintah dalam satu majlis yang meriah dan penuh acara tradisi tomoi.
Hadir sama Haji Rozali Embong - Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Besut dan Pengerusi JKKK Alur Lintah.
 Haji Pehimi semasa berucap menutup bangsal tomoi Alur Lintah
Antara tetamu, pengiat dan orang ramai yang hadir.
Foto: Mohd Rakman

Tuesday 24 June 2014

20 buah rumah di lima buah kampung mangsa ribut

24 Jun - Sebanyak 20 buah kediaman di lima kampung sekitar Jertih menjadi mangsa ribut dalam kejadian pada 22 Jun (Ahad). Kebanyakan rumah kehilangan atap akibat ribut serta angin kencang.
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Jertih bersama Pejabat Kebajikan Daerah Besut telah mengenal pasti rumah-rumah yang menjadi mangsa melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan(JKKK) terbabit dan bantuan awal telah hulur bagi meringan beban mangsa trajidi.
Salah sebuah rumah yang kehilangan atap dalam kejadian ribut pada petang ahad lepas.

Rencana Pilihan: Demi kuasa PAS sanggup diperalat DAP

Juhaidi Yean Abdullah
2014/06/23

Antara doa Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap UMNO ialah agar Allah membutakan mata pemimpin dan penyokongnya. Pada 28 Julai 1999, beliau mengakui meniru dan ubah suai sepotong doa Rasulullah SAW untuk mengutuk mereka yang menentang PAS. Tidak cukup dengan itu, beliau panggil UMNO sebagai syaitan, sesat, barua, jahiliah, sosialis dan komunis. Beliau juga memfatwakan bahawa solat orang UMNO tidak membawa pahala, tetapi menampal bendera PAS dapat pahala.

Foto Pilihan Hari Ini

24 Jun 2014 (Selasa).
YB. Haji Pehimi bersama YB. Dato' Seri Haji Idris semasa perasmian Kolej Komuniti Besut pada 15 Jun 2014 di Bandar Jertih.

Baucar ganti wang beli pakaian sekolah

Oleh Tengku Fauziah Ngah
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 23 Jun - Kerajaan negeri mengambil pendekatan baharu dengan menyediakan baucar menggantikan pemberian wang tunai bagi bantuan pakaian sekolah kepada para pelajar yang layak.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kaedah menukarkan baucar di banyak kedai yang terpilih lebih efektif dan memberi manfaat secara langsung kepada penerima bantuan dan ramai peniaga tempatan.

Monday 23 June 2014

Foto Hari Ini

Pasukan bolasepak Pemuda Umno DUN Jertih yang berjaya ke perlawanan akhir Piala Parlimen Besut 2014.

Piala Parlimen: Jertih Naib Johan

 Haji Pehimi bersama Ketua Pemuda Besut menyaksikan perlawanan akhir
*****
22 Jun - Perlawanan Akhir Kejohanan Bolasepak Piala Parlimen Besut menyaksikan DUN Jertih menjadi Naib Johan setelah tewas 1 - 3 kepada pasukan Hulu Besut. Separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1 - 1.

i-Care: Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat

22 Jun - Bertempat di Unisza Kampus Tembila, Besut satu Program i-Care Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat 2014. Perasmian dilakukan oleh YB. Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Menteri Pendidikan II.
  Dato' Seri Idris meneliti teks ucapan sebelum merasmikan program
Antara pemimpin tempatan yang berkesempatan hadir
Foto: Mohd. Rakman

Sunday 22 June 2014

34 penduduk Perumahan Awam Seberang Jertih sertai lawatan bermaklumat

Rombongan bergambar kenangan di dataran RTM, Angkasapuri.
*****
Oleh: Mohammad Ishak.

SERAMAI 34 penduduk Perumahan Awam Seberang Jertih menyertai lawatan bermaklumat ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah , Puterajaya dan Kuala Lumpur selama tiga hari yang berakhir semalam.

Tempoh 6 bulan sebelum warta zon larangan merokok

 Muhammad Pehimi Yusof bersama Mohd. Jusoh (kiri) melihat produk yang membahayakan kesihatan ketika melawat gerai pameran pada majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat negeri di Kuala Terengganu, kelmarin. - MINGGUAN/Shaifudin Mohd. Nor
*****
KUALA TERENGGANU 21 Jun - Kerajaan negeri menetapkan tempoh percubaan selama enam bulan bermula semalam sebelum mewartakan sepenuhnya kawasan rekreasi Batu Burok dan sekitarnya iaitu dalam lingkungan hampir satu kilometer persegi sebagai zon larangan merokok.

Perlawanan Akhir Piala Ahli Parlimen Besut: DUN Jertih melawan Hulu Besut

22 Jun - Perlawanan Akhir Piala Ahli Parlimen Besut antara Pasukan DUN Jertih melawan DUN Hulu Besut akan berlangsung pada 22 Jun 2014 Jam 4.45 petang bertempat di padang bola SMK. Tengku Mahmud II, Alur Lintang.
Perlawanan yang dijangka menarik lebih-lebih lagi dengan kehangatan Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung sekarang ini di Brazil.
YB. Haji Pehimi meraikan pasukan bola sepak Pemuda DUN Jertih akan bertembung pasukan Hulu Besut pada 22 Jun 2014 (Ahad) di padang bola SMK. Tengku Mahmud II. Haji Pehimi meminta peminat bola dalam DUN Jertih keluar beramai-ramai memberi sokongan padu.
Foto: Tuan Soh

Majlis Pelancaran Hari Tanpa Tembakau

19 Jun (Kuala Terengganu) - Majlis pelancaran hari tanpa tembakau dan bebas asap rokok oleh YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof - Exco Kesihatan Negeri Terengganu mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu pagi tadi.
 YB. Haji Pehimi bergambar selepas melancarkan Program Bebas Asas Rokok anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
 Haji Pehimi bersama pegawai dari Jabatan Kesihatan dan peserta bersenamrobik sebelum melancarkan program.
 Haji Pehimi melepas acara berbasikal.
Foto: Mohd. Rakman

Thursday 19 June 2014

Majlis Sambutan Ambang Ramadhan 1435H

 19 Jun 2014 (Khamis) | Jam 7.00 Malam
Di Masjid Al Falah, Kg. Gerai, Jertih.
KEPADA SEMUA DIJEMPUT HADIR | IN SHA ALLAH.

Tuesday 17 June 2014

Program Khatam Al Quran DUN Jertih

 YB. Haji Pehimi sedang menyampaikan ucapan.
 Hadirin yang tekun menghayati sebahagian aktiviti yang diadakan.
YB. Haji Pehimi menjamu selera selepas program dengan peserta-peserta yang sama-sama mengikuti program ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Konsep Felda bangunkan nelayan


BESUT 12 Jun - Kerajaan negeri bercadang mengambil satu langkah baharu berteraskan pendekatan Felda dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi dan tahap kesejahteraan keluarga nelayan di negeri ini.

Pokok Kurma berbuah lebat di Masjid Ulul Albab

Kebesaran Allah - Pokok kurma yang ditanam di Masjid Ulul Albab (Masjid Kayu) Kg. Seberang Jertih berbuah dengan lebatnya. In Sha Allah, bulan Ramadhan nanti dijangka boleh dituai.

100 Kolej Komuniti beroperasi akhir tahun ini- Idris Jusoh.



Rasmi...Idris sedang melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan Pehemi dan Ketua Pengarah Kolej Kominiti (kiri), di Jertih, hari ini.
*****
Oleh: Mohammad Ishak.

KEMENTERIAN Pendidikan mensasarkan 100 Kolej Komuniti akan beroperasi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, bagi 


500 wanita Besut timba pengalaman memasak dari Chef Wan



 Lazat...Pehimi sedang memberitahu sesuatu kepada Chef Wan mengenai masakan yang disediakan chef itu di Kampung Gong Kemuntong, Besut.
*****
Oleh: Mohammad Ishak.  

SERAMAI 500 wanita daerah Besut khususnya golongan suri rumah berkongsi pengalaman dalam bidang masakan bersama Chef selebriti dan duta masakan terkenal Malaysia,Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan “Chef Wan”.

RM3.11 billion impot sayur tahun lalu/ Beri sokongan kepada " Jom Bertani"- Ismail Sabri.



Oleh: Aminudin Ismail. 

12 Jun, Jertih - KERAJAAN terpaksa mengimpot sebanyak RM3.11 billon sayur-sayuran dari luar negara bagi memenuhi keperluan penduduk di negara ini pada tahun lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pada tahun lepas juga kerajaan mengimpot sebanyak RM2.15 billion buah-buahan dan RM4.3 billion makanan yang diproses.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengharapkan program ‘Jom Bertani’ yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan bahan makanan itu dari luar.
  Mesra...Muhyiddin bersalaman dengan penduduk.
*****
“Inilah tujuan kita wujudkan program Jom Bertani, merakyatkan pertanian dan pertanian ini sebagai budaya kepada rakyat Malaysia. Kita pada hari ini mengimpot terlalu banyak produk pertanian.

RM5 juta jayakan "Jom Bertani" peringkat kebangsaan.



 Timbalan Perdana Menteri diberi penerangan di salah satu gerai jabatan yang mengambil bahagian.
Sebelum itu TPM singgah sekejap di Pasar Nelayan bertempat di Kg. Seberang Kastam, Kg. Raja.
***** 
Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan program "Jom Bertani" peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, hari ini.

Thursday 12 June 2014

Rasmi Penutup Tomoi di Kg. Tok Raja

10 Jun 2014 - YB. Haji Muhamad Pehimi Yusof - ADUN Jertih yang juga Exco Kerajaan Terengganu bersama penduduk Kg. Tok Raja, Jertih dalam majlis penutup Tomoi kampung berkenaan.
 Yang Berhormat beramah mesra dengan pemimpin tempatan
 Peralatan tradisi bagi majlis penutup tomoi
Yang Berhormat menerima cenderahati daripada Pak Su Johari, Pengerusi JKKK Tok Raja, Jertih.

Wednesday 11 June 2014

Dua Acara Besar di Besut Jun Ini

 Pelancaran Jom Bertani Peringkat Kebangsaan 2014
12 Jun 2014 (Khamis) | Jam 9.30 pagi - 1.00 tengahari
di Tapak Pasar Tani Harian, Kg. Nyiur Tujuh, Jertih, Terengganu.
Dirasmikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perasmian Kolej Komuniti Besut
15 Jun 2014 (Ahad) | Jam 9.00 pagi
di Medan Selera Jertih
Dirasmikan oleh: YB. Menteri Pendidikan II, Malaysia
=======================================================
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!
========================================================

Menteri Besar minta Satu tangguh sewa meter air



 Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
KUALA TERENGGANU 10 Jun - Kerajaan negeri meminta Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) menangguhkan keputusan berhubung isu sewaan meter air yang menimbulkan sungutan dalam kalangan pengguna.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, hal demikian bagi membolehkan pihaknya mengenal pasti dan meneliti daripada segenap aspek berhubung isu itu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kita sedia maklum bahawa Satu sedang mengalami kerugian terutamanya dari segi kecurian air dan sebagainya.
"Tapi, tak apalah. Kita akan melihat dulu kewajarannya (mengenakan caj sewaan meter air) dan InsyaAllah saya akan pastikan hal ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Difahamkan, caj sewaan meter air sebanyak RM1 sebulan mula dikenakan kepada setiap pengguna di negeri ini secara serentak dan ramai yang mempersoalkan kewajarannya.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, pada masa ini caj tersebut tidak akan dikenakan sehingga satu kata putus dicapai.
"Setakat ini tidak ada sebarang perubahan yang akan berlaku dan kita akan lihat cara terbaik untuk membantu Satu dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit seperti ini," katanya.
Dalam pada itu, wakil daripada bahagian aduan Satu ketika dihubungi memberitahu, caj tersebut mula dikenakan pada bulan ini dan ia melibatkan di antara 80,000 hingga 90,000 pengguna air.
"Saya tidak tahu rasional mengenai perkara ini (mengenakan caj sewaan meter air) kerana ia melibatkan bahagian pengurusan.
"Tapi, saya rasa perkara ini mungkin berlaku disebabkan salah faham kerana pengguna tidak dimaklumkan terlebih dahulu," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday 10 June 2014

Ziarah Keluarga Allahyarham Cikgu Haji Mustaffa Hussin - Bekas Ketua UMNO Cawangan Pak Damalik

10 Jun 2014 (Selasa) - Mengziarahi keluarga Allahyarham Cikgu Haji Mustaffa Hussin bekas Ketua UMNO Cawangan Pak Damalik, Jertih di Kg. Pachor, Hulu Besut. Allahyarham yang juga Guru Penolong Kanan SK. Tok Raja, Jertih semasa hayatnya bergitu aktif dalam parti UMNO. Arwah meninggal seorang balu dan tujuh orang anak. Allahyarha meninggal pada 9 Jun 2014, jam 7.40 malam di Hospotal Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung La, Hulu Besut.

 Yang Berhormat berbual dengan Cikgu Nadar yang juga Ketua UMNO Cawangan Pak Damalik sekarang
Yang Berhormat bertanya sesuatu kepada balu Allahyarham

Persiapan Pelancaran Jom Bertani Peringkat Kebangsaan 2014 berjalan lancar




 Exco Pertanian Negeri Terengganu turun padang meninjau persiapan
Dipersilakan datang beramai-ramai, banyak acara menarik menanti adik kakak semua.
12 JUN 2014 (KHAMIS) | 9.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
DI TAPAK PASAR TANI HARIAN, KG. NYIUR TUJUH, JERTIH.
JOM BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI
YAB. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
(Gambar Oleh Encik Anuar Mahmud)

T’Mall dijangka beroperasi awal tahun depan



KUALA TERENGGANU 9 Jun - T'Mall yang berkonsepkan pasar raya rakyat (PRR) dan dibangunkan dengan kos kira-kira RM7 juta di Kuala Berang dijangka dapat memulakan operasi pada awal tahun depan.
Projek yang diusahakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu bagi memberi ruang lebih luas kepada usahawan kecil dan sederhana tempatan memasarkan pelbagai jenis produk mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, ketika ini, kompleks tersebut sudah hampir 70 peratus siap.
"Kompleks yang akan diuruskan oleh YPU itu merupakan salah satu bentuk pasar raya rakyat yang bertujuan memasarkan produk-produk keluaran tempatan.
"Berkonsepkan pasar raya besar seperti Mydin, kita akan pastikan produk mereka mendapat tempat dan para pengguna pula dapat membeli dengan harga yang lebih rendah.
"Jika tiada sebarang halangan, kita jangka menjelang awal tahun depan, kompleks ini dapat beroperasi sepenuhnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Sempena Pembukaan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) di sini hari ini.
Yang hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pengarah YPU, Datuk Sabri Mohd. Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Wan Mohd. Rubi Wan Jusuh serta beberapa tetamu kenamaan lain.
Karnival yang berlangsung selama seminggu itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada usahawan tempatan dengan lebih 30 gerai jualan dibuka.
Sementara itu katanya, KUT mempunyai daya tarikan tersendiri termasuk sebagai Kota Batik yang menghimpunkan 18 pengusaha batik dengan penawaran produk pada harga kilang.
"Kota Batik dijenamakan dengan konsep factory outlet dengan harga produk batik yang lebih murah, harga sekitar 20 peratus lebih murah berbanding tempat lain," katanya.
Menurut Roslee lagi, KUT menyediakan 77 unit lot dan 60 lot daripadanya telah disewakan.
Katanya, selain Kota Batik, kompleks tiga tingkat itu turut dilengkapi Pasar ICT yang menempatkan pengusaha produk industri kecil dan sederhana, restoran Al-Bakri T'Cafe, kedai serbaneka T-Shoppe dan galeri tekstil.

JKKK dinilai berstatus bintang



Oleh Tengku Fauziah Ngah
utusanterengganu@utusan.com.my
MARANG 4 Jun - Kerajaan negeri akan memperkenalkan penarafan bintang untuk mengukur prestasi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dalam usaha memastikan ia memberikan perkhidmatan berkesan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia akan menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) mereka dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kerana sikap dan tindak-tanduk mereka akan turut mencerminkan imej kerajaan negeri.
Kita akan pastikan JKKK benar-benar faham tanggungjawab sebenar dan dan berperanan mengikut garis panduan yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah JKKK Daerah Marang di Dewan Maj­lis Daerah, Kampung Paya, Marang kelmarin.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang; Pegawai Daerah, Mat Arshad Mohamad dan Pegawai-Pegawai Khas Menteri Besar, Nik Dir Nik Wan Ku serta Saiful Bahari Baharuddin.
Katanya, semua JKKK akan diberi penerangan tentang tugas mereka melalui siri kursus khas yang akan diadakan selepas selesai proses pelantikan.
Jika JKKK ini diberi penarafan satu bintang, ini dikira lemah dan mungkin akan diambil tindakan termasuk menukar kepimpinan, kerana kita mahu setiap JKKK meraih sekurang-kurangnya tiga bintang," katanya.
Beliau berkata, JKKK yang meraih lima bintang pula akan menerima pengiktirafan kerajaan negeri dengan insentif tertentu.
Sementara itu katanya, kerajaan negeri akan terus membantu beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang melalui beberapa Pegawai Pembangunan Parlimen yang diumumkan baru-baru ini.
Menurut beliau, ketika ini pelantikan beberapa Pegawai Pembangunan Parlimen sudah memadai dan jawatan Pegawai Pembangunan DUN tidak akan diwujudkan semula.
Di peringkat DUN yang kita kalah, Pengerusi Penyelaras UMNO DUN yang dilantik oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian akan memainkan peranan untuk membantu rakyat," katanya.