Páginas

Thursday 31 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 - Sekitar Sambutan Di DUN Jertih II

31 Julai (Khamis) - Jam 11.30 am - 12.30 pm, suasana masih meriah dengan lapisan masyarakat dan perantau datang memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri ADUN Jertih 1435H tahun ini.
ADUN Jabi, Mohd Iskandar sempat hadir memeriahkan majlis hari raya aidilfitri ADUN Jertih.
Dato' Seri Idris Jusoh melayan rakyat jelata yang di sambutan  aidilfitri ADUN Jertih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014 - Sekitar Sambutan Di DUN Jertih

31 Julai (Khamis) - Bertempat di perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Jertih, Gong Kemuntong, Jertih.
Haji Pehimi sedang bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Wednesday 23 July 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kepada Semua Dijemput Hadir!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Design: Mizie


Pertandingan Pelita Raya ke setiap daerah

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanpahang@utusan.com.my


SEORANG peserta memasang pelita raya bersempena Pertandingan Tradisi Pelita Raya 20114 di Kampung Alur Limbat, Marang, baru-baru ini.
*****
MARANG 20 Julai - Kerajaan negeri berhasrat menggilirkan penganjuran Pertandingan Pelita Raya yang diadakan hampir saban tahun sejak 2009 ke setiap daerah jika sambutan diterima pada tahun ini memberangsangkan.

Monday 21 July 2014

Pray For MH17 - Al- Fatihah


Setiap JKKK Jaga 30 Pengundi

Aida Abd Rahman
Setiap Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Parlimen Kuala Terengganu diminta menumpukan perhatian hanya kepada 20 hingga 30 pengundi di kawasan masing-masing untuk memastikan kerusi Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN)  Kuala Terengganu dapat kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Dato' Ahmad Razif Abd Rahman
*****

Ukhuwah Kasih dan Ihsan Rakyat (UKIR) APMT DUN Jertih

20 Julai (Ahad) - Jertih, bertempat di Kampung Pulau Meranti dalam JKKK Tok Raja. Hadir sama bagi menjayakan majlis pada petang ini ialah Encik Roslan Abd Rahman - Timbalan Pengarah, Unit Komunikasi Negeri (UKOM) mewakili Tuan Pengarah APMT Negeri Terengganu Haji Omar Adam serta beberapa pegawai dari ibupejabat APMT Negeri.
Hadir sama ialah Encik Baharom Said yang mewakili ADUN Jertih serta Pengerusi JKKK Tok Raja dan Nyiur Tujuh serta kakitangan APMT DUN Jertih.

Ziarah Pesakit Terlantar di Rumah

20 Julai (Ahad) - Kuala Terengganu, Haji Pehimi bersama Pengarah Kesihatan Terengganu telah melakukan ziarah ke rumah-rumah pesakit yang terlantar di rumah. Turut serta ialah kakitangan pejabat kesihatan yang melakukan pemeriksaan semasa program ziarah ini.

Haji Pehimi bersama Pengarah Kesihatan Terengganu di rumah salah seorang pesakit yang diziarahi.

Sunday 20 July 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi bersama Haji Rosol Wahid (Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pendidikan II) menyampaikan bantuan awal kepada penerima pinjaman PTPTN Daerah Besut di Dewan MDB Jertih sedikit masa dulu.

Majlis Berbuka Puasa Masjid Alur Lintah

18 Julai (Jumaat) - Haji Pehimi hadir di majlis berbuka puasa di Masjid Alur Lintah.

Haji Pehimi bersama Pengerusi Masjid dan ahli jawatankuasa serta pegawai masjid menunggu masuk waktu Magrib.

Pemberian Zakat di Alur Lintah

18 Julai (Jumaat) - Hari raya tidak lama lagi akan menjelang. Agihan wang zakat kepada asnaf yang sepatutnya dapat meringan beban kewangan dan mengembirakan penerima di hari lebaran nanti.
Haji Pehimi tidak lupa tanggungjawab ini. Beliau bersama-sama isteri, Puan Hajah Roslida Daud di Masjid Alur Lintah, Jertih.
 Haji Pehimi menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima.

Agih Bubur Lambuk Masjid Ulul Albab Seberang Jertih

18 Julai (Jumaat) - Jawatankuasa Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih bersama Rakan Muda UNISZA Kampus Tembila, Besut berganding bahu memasak menu popular khas di Terengganu iaitu "Bubur Lambuk".
Haji Pehimi sempat meluangkan masa pada petang berkenaan bagi mengagih-agihkan kepada orang ramai yang lalu di hadapan Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih.
Haji Pehimi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang lalu di hadapan Masjid Ulul Albab Seberang Jertih.

Wednesday 16 July 2014

Foto Pilhan Hari Ini

Gelagat Dato' Seri Idris Jusoh - Menteri Pendidikan II/Ahli Parlimen Besut semasa hadir di Majlis Berbuka Puasa ADUN Jertih pada 5 Julai lepas

Program Ramah Mesra Menteri Besar

13 Julai (Ahad) - Program Ramah Mesra YAB. Menteri Besar Terengganu bersama Kakitangan APMT 2014.
1. Transformasi Terengganu Baru
2. Terengganu TerBersih
3. Kecil pada kita, besar pada Rakyat
4. Politik Menguasai Kerajaan

Razif Janji Kukuhkan UMNO Sebagai Teras BN

Oleh: Fauzi Mohd




Ahmad Razif menyampaikan penghargaan kepada salah seorang mantan Pengerusi JKKK  sambil diperhatikan Jailani dan Rozi pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Masjid Tengkawang, Telemong semalam.
*****
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berjanji akan terus berusaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai teras utama dalam Barisan Nasional.

Monday 14 July 2014

Kerajaan negeri turun harga rumah mampu milik di Terengganu- MB

 http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/06/13.jpg
Kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk menurun harga Rumah Mampu Milik kepada RM68,000 daripada RM73,000.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sehubungan itu bayaran bulanan turut diturunkan kepada RM189 daripada RM323.
   
“Turut dihapuskan ialah bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyerahan watikah pelantikan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Daerah Dungun malam tadi.
   
Turut hadir di majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco kerajaan negeri, Roslee Daud, Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mohd Akil Mat, Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri, Datuk Wan Zahari Ngah. – Bernama

Sunday 13 July 2014

Kekal sembilan anggota Exco

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Razif
*****
KUALA TERENGGANU 10 Julai - Kerajaan negeri mengekalkan sembilan portfolio Exco berbanding 10 sebelum ini dengan memansuhkan portfolio Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi sedang berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK. Tok Raja, Jertih bulan Mac lalu.

Persiapan Majlis Berbuka Puasa Masjid Alur Lintah

11 Julai (Jumaat) - Haji Pehimi sempat meninjau persiapan bagi majlis berbuka puasa di Masjid Alur Lintah.
Haji Pehimi bersama Haji Rozali sedang memerhati kerja-kerja melapah daging kambing untuk majlis berbuka puasa.
Foto: Mohd. Rakman

Program Ziarah Kasih Ramadhan

11 Julai (Jumaat) - Haji Pehimi melancarkan Program Ziarah Kasih Ramadhan 1435H yang dianjurkan oleh Bestrac & Komuniti Be'keng dan EOC Motorsport. Pelancaran diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Jertih, Kg. Gong Kemuntong.
Pasukan ini akan melakukan ziarah ke rumah-rumah insan yang memerlukan dan menyampai sumbangan sempena Ramadhan ini.
 Haji Pehimi melancarkan Skuad Ziarah Kasih Raadhan
 Bergambar kenangan bersama-sama peserta program.
Foto: Mohd. Rakman 

Berbuka Puasa bersama Pemuda Bahagian Besut

10 Julai (Khamis) - Haji Pehimi sempat bersama-sama Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Besut yang mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Dewan MDB Gong Kemuntong.
Dalam majlis itu Haji Pehimi sempat menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim sekitar Daerah Besut.
Hadir sama, Saudara Azizul Jasmi - Ketua Pemuda, YBM. Tengku Zaihan, ADUN Kuala Besut serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian.
Haji Pehimi bersama Saudara Azizul Jasmi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Foto: Mohd. Rakman

Ziarah Ramadhan

10 Julai (Khamis) - Haji Pehimi dan isteri serta kakitangan APMT DUN Jertih sekali berkunjung ke rumah-rumah dalam Program Ziarah Ramadhan dalam DUN Jertih.

Haji Pehimi di salah sebuah rumah yang dikunjungi
Isteri Haji Pehimi (kanan) bertanya sesuatu kepada seisi rumah yang sempat diziarahi.

Foto: Mohd. Rakman

Wednesday 9 July 2014

Foto Pilihan Hari iIni

Haji Pehimi bergambar dengan penerima-penerima lesen memandu semasa melancarkan Komuniti JPJ di Dewan MDB Gong Kemuntong, Jertih pada April 2014 lepas.

Ahmad Razif Disahkan Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Yang Baharu


Aida Abd Rahman
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (gambar) kini sah mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Transformasi Terengganu Baharu1

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Razif
*****
KUALA TERENGGANU 5 Julai - Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri dengan berteraskan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Tuesday 8 July 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi bertanyakan sesuatu kepada penerima BR1M 2014 selepas melancarkannya  peringkat DUN Jertih, di Dewan MDB Gong Kemuntong bulan April 2014 lalu.

Sekitar Lawatan kerja sehari PM ke Terengganu

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu. Sebaik turun daripada pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, beliau hadir ke  Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu di bilik mesyuarat tingkat 17 Wisma Darul Iman mengenai hala tuju pembangunan negeri Terengganu yang bakal di laksanakan untuk memajukan negeri ini dibawah kepimpanan YAB Menteri Besar Terengganu yang baru.

Sejurus dengan itu, Perdana Menteri turut menyampaikan kurma dan air zam-zam kepada Ketua Umno Bahagian. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

 

Teganukita

IDRIS JUSOH UCAP TERIMA KASIH KEPADA MENTERI BESAR, DATO' HJ AHMAD RAZIF

Kompleks Imtiaz Besut di Bukit Keluang, Kg. Raja.
*****
Penduduk Daerah Besut berterima kasih di atas usaha Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang mengembalikan semula pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut belajar di Kompleks Imtiaz Besut, Bukit Keluang.

200 anak yatim Besut terima sumbangan Pehimi

Pehimi menyerahkan sumbangan Ramadan kepada seorang anak yatim.
*****
Oleh: Mohammad Ishak.
GOLONGAN miskin dan anak yatim mendapat rezeki bertambah pada bulan Ramadan apabila lebih ramai yang tanpil memberi bantuan dan sumbangan kepada mereka yang sememangnya memerlukan bantuan.

Sunday 6 July 2014

Foto Pilihan Hari Ini

Haji Pehimi mencuba motosikal yang digunakan oleh Unit Ronda Bermotor (URB) sambil dibetulkan topi keledar oleh Ketua Polis Daerah Besut selepas melancarkan ini di Bandar Jertih.

Majlis Berbuka Puasa ADUN Jertih Sempena Ramadhan 1435H/2014M

Haji Pehimi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
*****
5 Julai 2014 (Sabtu) - Majlis Berbuka Puasa ADUN Jertih Sempena Ramadhan 1435H/2014M yang dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu menjadikan sambutan kali ini amat meriah sekali.
Program bermula jam 6.00 petang dengan Haji Pehimi menyampaikan sumbangan kepada 200 anak-anak dalam DUN Jertih.

Saturday 5 July 2014

Foto Pilihan Hari Ini

YAB. Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman sewaktu membuat kunjungan ke Pasar Payang, Kuala Terengganu.
Foto: Teganukita

SUATU PENGHARGAAN BESAR: LAWATAN PERTAMA PM KE TERENGGANU SELEPAS DATO' HAJI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN DILANTIK MENTERI BESAR KE 14

Lawatan kerja Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Hj Abdul Razak ke Terengganu esok (6 Julai) adalah amat bersejarah kerana lawatan pertama beliau selepas Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 menggantikan Dato’ Seri  Hj Ahmad Said.

Walaupun ia disekalikan dengan majlis anjuran Felda di Pejabat Felda Wilayah Timur, tetapi kita berbangga kerana Felda yang dibawah seliaan terus Perdana Menteri memilih Terengganu sebagai tuan rumah Rahmat Ramadhan Felda.

Ramadan: Penduduk Besut terharu dikunjungi pemimpin.

 Seorang penduduk menerima sumbangan daripada Idris. Turut sama Haji Pehimi

Oleh: Mohammad Ishak.
Ramadan yang sedang dihayati oleh seluruh Umat Islam memberi banyak keinsafan kepada umat untuk menghayatinya selain meningkatkan amal dan ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Thursday 3 July 2014

Wednesday 2 July 2014

Tazkirah Pilihan: Ramadan: Antara mujahid, mujahat

Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
bhrencana@bh.com.my | 2014/07/01

Pamerkan Islam sebagai cara hidup
Ramadan menjelang lagi. Malangnya, pemahaman kita terhadap Islam, setiap kali bertemu Ramadan, tidak banyak berubah. Kita menganggap seolah-olah Ramadan saja bulan ibadat atau bulan berjihad, manakala bulan lain, bulan berjahat. Ramadan mahu menjadi mujahid, keluar Ramadan, menjadi mujahat.

Semua program hiburan (realiti) sudah pun berakhir menjelang Ramadan, bermula dengan rancangan kanak-kanak belum bersunat, sehingga kepada orang tua, yang tidak bergigi (gigi palsu). Pendek kata, berakhir saja Ramadan, maka kerja kita pun menyanyi, melawak, menari dan berlakon. Bukan tidak boleh, tetapi biarlah program itu membawa mesej mendidik daripada berhibur semata-mata.

318 petani terima insentif hasil padi RM1.94j

 MUHAMMAD Pehimi Yusof (tiga dari kanan) bersama wakil-wakil yang menerima bayaran insentif hasil padi di Besut, baru-baru ini.
*****
BESUT 30 Jun - Sebanyak 318 petani dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) menerima insentif hasil padi di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), berjumlah RM1.94 juta di sini kelmarin.

Majlis Penyampaian Insentif Petani-Petani Projek NKEA Padi IADA Ketara 2014

30 Jun (Isnin) - Bertempat di Dewan Syarahan Masjid Hadhari Bandar Jertih, berlangsung majlis di atas. Hadir sama ialah Pengarah IADA Ketara, Besut.
Haji Pehimi berucap sebelum menyampaikan insentif.

Forum Literasi Undang-undang Syariah

28 Jun (Selasa) - Haji Pehimi merasmikan Forum Literasi Undang-undang Syariah anjuran Pejabat Agama Daerah Besut. Forum yang bertajuk "Bahaya Nikah Thailand Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Syariah" telah dibentangkan oleh dua orang ahli panel.
Dalam majlis sama juga diadakan Bantuan Pendahuluan Nafkah sempena Ambang Ramadhan dan Aidilfitri.
Program diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jertih.

Haji Pehimi berucap dan merasmikan program