Páginas

Wednesday 27 May 2015

TDM Catat Pendapatan RM75.5 Juta Suku Pertama 2015

AUTHOR: NORAINI JUSOH 27 MAY 2015


TDM Berhad (TDM atau Kumpulan) mencatatkan pendapatan sebanyak RM75.5 juta bagi suku pertama 2015 yang berakhir pada 31 Mac lalu, iaitu sebanyak 14 peratus lebih rendah berbanding RM87.4 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Tuesday 26 May 2015

Sanyanya’ ke arah Gerbang Pelancongan Antarabangsa, projek akan dimulakan selepas hari raya Aidifitri

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 25 MAY 2015

 Dato' Seri Ahmad Razif memaklumkan tentang bermulanya pembinaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa Kuala Besut dijangka selepas Aidilfitri ini.
*****
Negeri  yang bernama ‘Sanyanya” yang pernah wujud dalam sejarah Terengganu sebenarnya ialah Kuala Besut.

Monday 25 May 2015

Mantan Adun Ajil Dianugerah Tokoh Guru Hulu Terengganu

AUTHOR: MASTURA JAMALDIN 25 MAY 2015 3:38 PM0 COMMENTSVIEWS: 58


Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato’ Rosol Wahid,51, diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Guru Daerah Hulu Terengganu 2015.

Peruntukan Khas RM20 Juta Bantu Ibu Tunggal

 AUTHOR: NORAINI JUSOH | 25 MAY 2015

Dato' Haji Muhammad Pehimi
*****
Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas sebanyak RM20 juta untuk membantu golongan ibu tunggal mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program kepada golongan berkenaan.

Pendirian Hadi putuskan hubungan dengan DAP, Keputusan berdasarkan penelitian dan kajian – Ahmad

OLEH MOHD. HAFIZ ABB. MUTALIB   |  24 Mei 2015

Ahmad Yakob
*****
KOTA BHARU 23 Mei - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob memberi gambaran bersetuju dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP.

Ahmad Razif menyambung projek Taman Ilmu, Jertih Souq dan rumah mampu milik di Kg.Pulau Perhentian yang diilhamkan mantan-mantan MB

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 24 MAY 2015

YB Tengku Zaihan serta mantan wakil rakyat Kuala Besut yang juga bekas Exco Kerajaan, Dato' Wan Zakaria turut menyambut dan mengiringi lawatan MB.
*****
Lawatan kerja Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman serta rombongan kerajaan negeri ke Pulau Perhentian, Dewan Undangan Negeri Kuala Besut khususnya telah memberi perkhabaran gembira buat penduduk Besut.

Sunday 24 May 2015

Taman Tema Air Tasik Kenyir Dibuka 31 Mei

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 24 MAY 2015


Taman Tema Air Kenyir atau Kenyir Waterpark bakal dibuka bersempena dengan Festival Kenyir yang akan berlangsung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bermula 31 Mei sehingga 6 Jun ini.

Pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Ketengah Holding Sdn Bhd, Suhaimi Said berkata taman tema air pertama di Terengganu itu menjadi tarikan terbaru sempena festival selama seminggu itu.

Hadi Awang Dilabel Sebagai Pemimpin Kroni

AUTHOR: FAUZI MOHD 19 MAY 2015 1


Facebooker pro Ustaz Ahmad Awang, Ayie Prop melabelkan kepimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin PAS yang mengamalkan kronisme.

Ia merujuk kepada penguasaan anak Abdul Hadi, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang memegang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Thursday 21 May 2015

Intipati Utama RMK-11

AUTHOR: FAUZI MOHD 21 MAY 2015


Berikut intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

1. Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

* rakyat merupakan tonggak negara

* menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan

* semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara

RMK-11 Beri Faedah Besar Kepada Rakyat – MB

AUTHOR: FAUZI MOHD 21 MAY 2015


Rancangan Malaysia Ke-11 dijangka memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat di mana enam teras yang diperkenalkan melibatkan pelbagai golongan rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata RMK-11 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga mempunyai kesan yang positif kepada rakyat bukan sahaja kepada generasi yang ada sekarang malah generasi yang akan datang.

Belanja RM670,000 Untuk Bulan Madu Kali Kedua Sejak 2009

 AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 20 MAY 2015

Dato' Haji Muhammad Pehimi
******
Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM670,000 bagi melaksanakan Program Bulan Madu Kali Kedua sejak 2009 sehingga April 2015.

Perbelanjaan yang melibatkan 863 pasangan bagi pakej penginapan, bahan kursus dan pengangkutan dianggarkan membabitkan RM 777 setiap pasangan.

Wednesday 20 May 2015

Tahniah Saudara Ghazali Che Noh

MediaJertih

Ziarah Pesakit dan Penyerahan Cek Tabung Kronik


19 Mei 2015 (Selasa) - Haji Muhammad Pehimi sempat menziarahi salah seorang pesakit kronik di Kg. Pak Wong dan menyerahkan cek Tabung Sakit Kronik kepada Wan Mohd Nazri.

Hadir sama Haji Wan Najib Wan Hassan - Pengerusi JKKK Pak Woong serta staf Atra DUN Jerteh.

MediaJertih

Ziarah kematian ayah Pengarah Sumber Manusia KPDNKK


19 Mei 2015 (Selasa) - Dato' Haji Muhammad Pehimi meluangkan masa menziarahi keluarga Encik Che Sukri Che Mat - Pengarah Sumber Manusia KPDNKK, Putrajaya di Padang Landak yang kehilangan ayahnya pada 18 Mei 2015 kerana sakit tua. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Che Sukri.

MediaJertih.

YPU, Insken Jalin Kerjasama Lahir Usahawan Berdaya Saing

AUTHOR: NORAINI JUSOH 19 MAY 2015

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan Institut Keusahawanan Negara (Insken) menjalin kerjasama untuk melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri, Roslee Daud berkata, melalui perjanjian persefahaman yang dimeterai, beliau yakin Insken di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) mampu menambah baik peranan yang dimainkan YPU sebelum ini.

Kongsi Idea Lapan Bekas Pengarah Pendidikan Negeri

AUTHOR: SURIATI ALI 19 MAY 2015

 Bekas Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Salleh Busu dipilih sebagai Tokoh Guru 2015 – Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Kerajaan negeri menyarankan supaya Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) turut berkongsi idea bersama-sama lapan bekas pengarah jabatan itu dalam membangunkan taraf pendidikan pelajar.

Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sekiranya idea-idea dan pengalaman mantan-mantan itu digabungkan sudah pasti mendapat kekuatan yang luar biasa.

Tuesday 19 May 2015

RM300.76 Juta Taksiran Kemusnahan Prasarana Awam Akibat Banjir

AUTHOR: NORAINI JUSOH 18 MAY 2015


Mengikut laporan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi kerajaan yang berkaitan, anggaran taksiran kerugian prasarana awam yang rosak akibat bencana banjir besar yang melanda Terengganu pada tahun lalu ialah sebanyak RM300,759,139.41.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, jumlah nilaian taksiran kerugian itu termasuk akibat kerosakan jalan, jambatan serta bangunan sekolah.

Monday 18 May 2015

Foto sekitar pengagihan kek ke sekolah-sekolah sempena Hari Guru 2015 DUN Jerteh


Festival Makanan Tradisional Perkenal Sayur Kulit Tembikai

AUTHOR: SURIATI ALI 18 MAY 2015


Lebih 80 jenis makanan tradisional Terengganu, termasuk sayur kolok, sayur betik, sayur kulit tembikai, sayur jambu golok, sayur kulit rambai dan ketupat sotong akan dihimpunkan sempena Festival Makanan Tradisional Terengganu.

15 Sekolah Dalam DUN Jerteh Menerima Kek Sempena Hari Guru 2015

Oleh: Wan Aziz Wan Idris | 18/05-2105

18 Mei 2015 - Bersempena Sambutan Hari Guru 2015, pada hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof menyumbangkan 15 kek kepada 15 bauh sekolah rendah dan menengah dalam DUN Jerteh sebagai menghargai jasa dan sumbang warga pendidik khas dalam DUN ini.

MB Saran Bubar GLC Tidak Menguntungkan

AUTHOR: SURIATI ALI 17 MAY 2015
Ahmad Razif memasukkan plak penanda sebagai gimik Pelancaran Hari Ulangtahun TDM Berhad (TDM) Ke-50, di Permai Hotel, malam tadi. Foto: Hasmizi Ismail
*****
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan agar mana-mana anak syarikat kerajaan negeri yang tidak menguntungkan dibubarkan agar tidak terus merugikan kerajaan.

Pertandingan Candat Sotong APM Dapat Sambutan Menggalakkan

AUTHOR: NORAINI JUSOH 17 MAY 2015


Pertandingan Mencandat Sotong anjuran Akademi Perikanan Malaysia (APM) Kuala Terengganu mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima sebanyak 36 penyertaan daripada pelbagai negeri.

Urusetia program, Syed Sahabudin Syed Alwi berkata, pertandingan sempena hari terbuka APM, Kuala Terengganu itu bakal berlangsung 2 Jun ini di sekitar perairan Pulau Kapas.

Sunday 17 May 2015

Peserta Perkhemahan TTB, diutamakan Isi Kekosongan Jawatan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 17 MAY 2015


Penduduk Terengganu yang aktif menyertai mana-mana badan sukarelawan, termasuk Skuad Sukarelawan Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan negeri dan anak syarikatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sekiranya ada peluang pekerjaan ditawarkan di agensi-agensi milik kerajaan Terengganu, kerajaan  memberi sokongan penuh kerana mengetahui golongan itu berkebolehan dalam pelbagai aspek .

Festival Kenyir 2015 Sasar 70,000 Pengunjung

AUTHOR: NORAINI JUSOH | 17 MAY 2015


Kerajaan negeri mensasarkan untuk menarik 70,000 pengunjung ke Festival Kenyir 2015 anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang akan berlangsung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, bermula 31 Mei ini.

Gotong-Royong Pupuk Semangat Kerjasama

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 17 MAY 2015


Bersandarkan tema ‘Transformasi Terengganu Terbersih: Masyarakat Sejahtera’, Program Gotong-Royong Perdana dijalankan serentak di seluruh Terengganu, semalam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program tersebut, ia bukan hanya dapat menceriakan kawasan malahan mampu mengeratkan hubungan sesama penduduk.


Terengganu Mungkin Tarik Diri Jika Tidak `Offside’

AUTHOR: SURIATI ALI 17 MAY 2015


Pasukan Terengganu tidak teragak-agak menarik diri ke perlawanan seterusnya, sekiranya membuktikan gol penentuan dalam separuh akhir Piala FA malam tadi tidak `offside’, kata Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Setiap Kepimpinan Memang Tidak Sama – Wan Mokhtar

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 16 MAY 2015

Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bersama mantan Menteri Besar Terengganu ke-10 dan ke-12, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (kiri) dan Dato' Seri Idris Jusoh (kanan). Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Usah bersengketa sesama kita. Itulah antara ungkapan penting bekas Menteri Besar Terengganu ke-10, Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dalam program Malam Semarak Kasih Lestari Budi, Khamis lalu.

Sidang DUN : Terengganu Sedang Tuntut RM1.85 Bilion Daripada Pusat

AUTHOR: SURIATI ALI 14 MAY 2015


Kerajaan Terengganu sedang menuntut wang dana khas royalti petroleum milik negeri itu yang digunakan kerajaan pusat untuk membina Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) berjumlah kira-kira RM1.85 bilion.

Thursday 14 May 2015

Terima Kasih Cikgu-Cikgu

16 MEI 2015  #SayangGuru

Sidang DUN : Segera Baik Pulih Prasarana Kawasan Pelancongan

AUTHOR: SURIATI ALI 13 MAY 2015

Kerja-kerja membaik pulih saluran paip bocor di Pulau Redang perlu disegerakan terutama membabitkan kawasan perkampungan yang kerap kali terputus bekalan air.

Dalam sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit -BN) berkata, dia menyedari kos bagi tujuan itu memerlukan peruntukan yang besar.

Syarikat kerajaan tidak wajar bersaing, jauh sekali memonopoli hingga ada yang gulung tikar

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN | 13 MAY 2015


Selalu orang bersalah anggapan bahawa memberi perniagaan kepada anak syarikat kerajaan dengan tujuan membolehkan syarikat itu mendapat untung berlipat ganda adalah positif.

Sidang DUN : 18 Remaja Kurang Sopan Ditahan Jenayah Takzir

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 13 MAY 2015


Seramai 18 orang remaja berkelakuan tidak sopan telah ditahan di bawah Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Sidang DUN : 1MDB Tiada Kaitan Dengan TIA – Razif

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 13 MAY 2015

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan wujudnya sebarang kaitan antara Terengganu Investment Authority (TIA) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
*****
“Sebenanya TIA tiada apa-apa kaitan dengan 1MDB kerana seperti yang dijelaskan oleh Dato’ Seri Ahmad Said bahawa peringkat awal memang kita hendak buat pelaburan di atas TIA dan tidak timbul apa-apapun dan 1MDB pun tiada lagi pada masa itu.

Wednesday 13 May 2015

UMNO DAN RAKYAT

PROF. DATUK DR. MOHD ZAINUL FI THRI OTHMAN  |  10 Mei 2015 1:12 AM


PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar atau UMNO ) ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Perhimpunan pertama diadakan di Dewan Singgahsana Takhta Kerajaan, Istana Besar dengan Dato’ Onn Jaafar dipilih sebagai pemimpinnya yang pertama. Tujuan utama UMNO ialah menentang Malayan Union dan mengelak orang Melayu daripada tenggelam di bawah arus politik dan ekonomi yang menguntungkan golongan lain yang lebih maju.

Sidang DUN : 13 Projek Bangunkan Kuala Besut

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 13 MAY 2015


Sembilan projek telah dilaksanakan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Besut manakala empat lagi masih dalam peringkat perlaksanaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata antara projek yang telah dilaksanakan adalah pembinaan kediaman, pembangunan kemudahan masyarakat, pembangunan ruang perniagaan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur.

Ahmad Razif Ibarat Adik Saya – Ahmad Said

AUTHOR: FAUZI MOHD | 13 MAY 2015


Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berharap kerajaan negeri meneruskan usaha beliau sebelum ini dalam membangunkan ekonomi negeri serta menjaga hak dan kebajikan rakyat Terengganu.

Menurutnya, tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu tertangguh antara kerajaan negeri dan persekutuan semasa kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

10 Ibu Cemerlang Terima Anugerah Khas Sempena Hari Istimewa

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 12 MAY 2015


Peranan dan jasa ibu yang cukup penting dalam melahirkan individu yang cemerlang diiktiraf apabila 10 daripada mereka terpilih menerima anugerah khas sempena sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan di  Mydin Mall, Gong Badak, kelmarin.

Sidang DUN: UMNO Terengganu Turut Sokong Najib, Muhyiddin

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 12 MAY 2015


Kepimpinan tertinggi UMNO Terengganu turut memberi sokongan penuh terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya termasuk menyelesaikan segala isu yang sedang melanda kepimpinan negara pada masa kini seperti 1MDB, cukai barang  dan perkhidmatan (GST) dan Tabung Haji.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau bersama barisan Majlis Tertinggi (MT) juga menawarkan untuk membantu Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd  Yassin dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Foto Hari Ini - Sidang DUN Mei 2015


Dato' Haji Haji Muhammad Pehimi dan To' Puan bergambar kenangan dengan ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan dan ADUN Jabi Mohd Iskandar selepas perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman.

MediaJertih

Sidang DUN: Hadi Saran Najib Tidak Tunduk Gesaan Letak Jawatan

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 12 MAY 2015

Abdul Hadi ketika sidang media sejurus berhenti rehat pada sesi pagi persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyarankan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk kepada tekanan yang menggesa beliau supaya meletak jawatan, sebaliknya perlu memberi fokus untuk menyelesaikan beberapa isu yang dikaitkan dengan kelemahan pentadbirannya ketika ini.

Tuesday 12 May 2015

Sidang DUN: RM304 Juta Kerugian Akibat Banjir Tahun Lalu

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 12 MAY 2015

Dato' Haji Muhammad Pehimi
*****
Kerajaan negeri menanggung kerugian kira-kira RM304 juta akibat bencana banjir besar yang melanda Terengganu pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata kerugian itu melibatkan kemusnahan dan kerosakan kediaman mangsa banjir yang berjumlah  lebih RM2 juta, manakala selebihnya kira-kira RM302 juta membabitkan kerosakan bagi harta benda awam bagi semua jabatan terlibat.

Terima Kasih Misi-Misi

MediaJertih

Terengganu Berjaya Peroleh RM1.72 Billion, Hasil Aliran 43 Projek

AUTHOR: SURIATI ALI | 11 MAY 2015


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berharap Kerajaan Negeri terus memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke Terengganu.

Baginda bertitah, dimaklumkan jumlah pelaburan yang mengalir masuk ke Terengganu adalah sebanyak RM1.72 billion membabitkan 43 projek berjaya dimajukan bagi tahun lalu.

Monday 11 May 2015

Saya Tidak Akan Tunduk Tekanan Letak Jawatan PM, Presiden UMNO – Najib


TAWAU, 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

HARI UMNO 69 Tahun: Pastikan Melayu Bersatu Untuk Kesinambungan Parti


KUALA LUMPUR, 11 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru ahli-ahli parti dari semua peringkat untuk menghayati perjuangan UMNO bersempena ulang tahunnya yang ke 69 hari ini.

KT Walk Tarik 10,000 Pengunjung

AUTHOR: SURIATI ALI | 10 MAY 2015

Sambutan pengunjung terhadap Pasar Malam KT Walk, Kuala Terengganu yang dibuka setiap Jumaat tiga minggu lalu, cukup menggalakkan melebihi 10,000 pengunjung dalam tempoh itu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata situasi itu mendorong orang ramai terutama peniaga kecil-kecilan untuk turut sama berniaga dan kini meningkat hampir 200 permohonan tambahan.

Kembali Kepada Nilai Asas Hargai Pengorbanan Ibu

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 10 MAY 2015

 
Rohani bersama sebahagian wanita yang bergelar ibu selepas menerima penghargaan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan sempena Program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 Negeri Terengganu, di Mydin Mall, Gong Badak Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tg Syamim Tg Ismail.
*****
Rakyat negara ini disaran kembali kepada nilai asas bagi menunjukkan kasih-sayang dan menghargai pengorbanan wanita yang bergelar ibu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

MB Ziarah Jenazah Allahyarham Nor Atikah

AUTHOR: FAUZI MOHD | 10 MAY 2015

Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, hari ini.

Jenazah pelajar itu disemadikan bersebelahan kubur neneknya Allahyarham Esah Ali kira-kira pukul 10.45 pagi.

Sunday 10 May 2015

Piala Ahli Parlimen - Jertih tewas 5 - 4 dengan sepakan penalti

Oleh: Wan Aziz Wan Idris | 10 Mei 2015
Tengku Zaihan menyampai Piala Pusing kepada Juara, Kuala Besut A kepada Pengurus Pasukan.
*****
Perlawanan Akhir Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah Piala Ahli Parlimen Besut yang berlangsung pada petang 10 Mei 2015 antara pasukan Jertih A melawan Kuala Besut A berakhir dengan keputusan seri 2 berbalas 2 setelah masa penuh 90 minit berakhir.

Kemenangan ditentukan dengan sepakan panalti yang memihak kepada pasukan Kuala Besut A dinobatkan sebagai Juara bagi edisi 2015 dengan 5 berbalas 4 dengan Jertih A sebagai Naib Johan.


Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-69 UMNO

11 MEI 1946 - 11 MEI 2015