Páginas

Tuesday 30 June 2015

Foto Pilhan Hari Ini - Terbaik!

22 Jun 2015 - Dato' Muhammad Pehimi bersama isteri serta Tuan Haji Nawi Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Besut) serta YM. Engku Naimah dan Sdr. Azizul Jasmi menunjukan isyarat bagus selepas menepung tawar Van Pusat Khidmat ADUN Jertih sebelum majlis berbuka puasa di Pejabat Penyelaras DUN Jerteh, Gong Kemuntong.

Pasma – G18 Berlumba Untuk Rebut Siapa Terbaik Jadi Orang Suruhan Dap

Oleh Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, pertelagahan  antara PasMa dan kumpulan G18 baru-baru ini  seolah-olah memperlihatkan kedua-dua kumpulan tersebut kini bersaing sesama sendiri untuk membuktikan siapakah yang lebih baik menjadi orang suruhan Dap di dalam pakatan baru yang dicadangkan, setelah pakatan pembangkang berkubur apabila Pas membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Dap.

Koperasi Jom Bertani Peroleh Peruntukan RM350 Ribu

AUTHOR: SURIATI ALI 29 JUNE 2015


Terengganu memperuntukkan sejumlah RM350,000 sebagai usaha mengerakkan tujuh pertubuhan di bawah konsep `Koperasi Jom Bertani’ di negeri ini, di mana setiap koperasi memperoleh RM50,000.

Monday 29 June 2015

Usaha Bina Persepsi Dap Parti Mesra Melayu Akan Gagal – Dr Shamsul


KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tindakan Dap hari ini yang giat mempromosikan keanggotaan parti kepada orang Melayu dilihat sebagai satu usaha untuk menanamkan persepsi di kalangan rakyat negara ini agar memandang parti tersebut, bukan hanya untuk kaum tertentu saja tetapi ia adalah parti untuk pelbagai kaum, demikian jelas penganalisa politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat.

498 Masjid Terima Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Malaysia

AUTHOR: NORAINI JUSOH 28 JUNE 2015


Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menyampaikan kurma, air zam zam dan kain baju Melayu kepada 498 masjid di seluruh negeri.

Sunday 28 June 2015

10,000 Sambut PM Di Besut 6 Julai

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 28 JUNE 2015

Dato' Muhammad Pehimi Yusof
*****
Dijangka 10,000 penduduk daerah Besut menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sempena lawatan beliau ke daerah itu pada 6 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, sempena lawatan pertama Perdana Menteri itu beliau akan berbuka puasa bersama penduduk di Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Bukit Keluang, Besut.

Pemilihan Parti Ditangguh 18 Bulan Untuk Tumpu Kepada Kepentingan Rakyat – Najib

Oleh Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memgambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan selama 18 bulan berdasarkan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO yang memberikan hak kepada MT untuk menangguhkannya, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak Tukang Perabot Bawa Nama Negara Ke Brazil

AUTHOR: SURIATI ALI 26 JUNE 2015
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada Musalman, di Wisma Darul iman Kuala Terengganu. Foto Hasmizi Hamid
*****
Penyelia muda dari  Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) Production Sdn Bhd, Musalman Kamal, 22 tidak menyangka berjaya mewakili negara ke pertandingan Pertandingan Kemahiran Peringkat Dunia, Worldskills Sao Paulo, Brazil pada Ogos ini.

Gesa Usahawan Niaga Menerusi Karavan

AUTHOR: SURIATI ALI 27 JUNE 2015


Usahawan terutama perniaga jalanan di Terengganu diminta melakukan transformasi dalam perniagaan masing-masing termasuk menceburi bidang jualan menerusi karavan (lori kecil) berikutan kekangan mendapatkan lokasi dan premis niaga.

MB Kunjung Hormat Ke Atas Tuan Yang Terutama Melaka

AUTHOR: NORAINI JUSOH 25 JUNE 2015

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengadakan kunjung hormat ke atas Tuan Yang Terutama Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, petang ini.

Pertemuan Ahmad Razif dan Tun Mohd Khalil berlangsung kira-kira 30 minit di Hotel Primula.

Agihan Dana Raya Lebih Cepat Dan Teratur

 AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 25 JUNE 2015


Kerajaan negeri akan memperkenalkan kaedah baharu bagi mengagihkan dana raya dan dana remaja supaya proses menuntut bantuan itu lebih cepat dan lancar.

Kerjasama Dengan Universiti Madinah Laksana Program Pendidikan Berkembar

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 25 JUNE 2015


Kerajaan negeri bakal bekerjasama dengan Universiti Madinah melalui Institut Al Quran Terengganu (IQT) bagi melaksanakan program pendidikan berkembar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu akan melalui beberapa peringkat sebelum pelajar dihantar untuk menyertainya.

Tempoh Seminggu Rayuan Dana Raya Dan Dana Remaja

AUTHOR: SURIATI ALI 24 JUNE 2015


Kerajaan negeri menasihati kira-kira 14,000 pemohon yang gagal mendapatkan bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri dan Dana Bakti Remaja 2015 supaya membuat rayuan agar permohonan mereka dapat diteliti dan dipertimbangkan semula.

Wednesday 24 June 2015

3,000 Hadir Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen Besut

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 24 JUNE 2015


Kira-kira 3,000 tetamu jemputan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Ahli Parlimen Besut yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, dekat Jertih, kelmarin.

Terengganu ucap terima kasih kepada Arab Saudi bawa pulang pesakit

Posted on June 24, 20150 Comment

Dato' Pehimi menziarahi pesakit Mamat Yusof di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.
*****
Dato’ Pehimi menziarahi pesakit Mamat Jusoh di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.

Tuesday 23 June 2015

MB Terengganu Mengiringi Pesakit KOMA Hj Mamat Jusoh Pulang dari Mekah ke Malaysia


Kepulangan Haji Mamat Jusoh, 69, ke tanah air bumi Malaysia diiringi oleh Yab Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu dan Isteri To’ Puan Halina Zakaria serta anak beliau Mazri Mamat,38, tiba di KLIA pada jam 11.30 pagi ini.

Terima kasih


Sekitar Majlis Berbuka Puasa DUN Jerteh 1436H/2015M



Terengganu Buat Persiapan Awal Hadapi Banjir

AUTHOR: NORAINI JUSOH 22 JUNE 2015


Kerajaan negeri melakukan persiapan lebih awal dan rapi  berdepan musim banjir  tahun ini apabila sudah menyiapkan keperluan bekalan, pusat pemindahan banjir dan mengenalpasti kawasan selamat bagi pendaratan helikopter.

Monday 22 June 2015

PM Lancar ‘eRezeki’ Bantu Rakyat Jana Pendapatan Tambahan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ‘eRezeki’, suatu program untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.

Najib Ucap Selamat Hari Bapa, Kongsi Foto Bapa Dan Agong Di Laman Sosial


KUALA LUMPUR, 21 Jun – Bersempena sambutan Hari Bapa hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi gambar ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein bersama Yang di-Pertuan Agong kelima Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 1970-an dalam laman sosial twitter dan Facebooknya.

Robohkan Struktur Tulisan UMNO : Kerajaan Dap Biadap, Seakan “Cari Pasal”

Oleh: Azlina Rosdy


NIBONG TEBAL, 19 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO negeri itu hari ini, sebagai satu tindakan provokasi dan kurang ajar.

UMNO P.Pinang Selar Tindakan Roboh Struktur Logo

 

GEORGE TOWN, 20 Jun (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertindak merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister di sini semalam dengan menyifatkan tindakan MBPP itu sebagai tidak mengikut prosedur dan dibuat secara tergesa-gesa.

Sunday 21 June 2015

Terengganu Antara Enam Negeri Dibangunkan UTC Tahun Ini

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 21 JUNE 2015
Kerajaan akan mewujudkan enam lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat versi mini dengan kos RM100 juta di seluruh negara tahun ini .

297 Anggota Penguatkuasa Kesihatan, PBT Pantau 4,419 Bazar Ramadan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 21 JUNE 2015


Seramai 297 anggota dari 95 pasukan Penguatkuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikerahkan untuk memantau 4,419 tapak penjaja di bazar Ramadan seluruh Terengganu pada tahun ini.

Majlis Berbuka Puasa ADUN Jerteh - Semua Dijemput


10 Bapa Terima anugerah khas sempena Hari Bapa

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 18 JUNE 2015


Seramai Sepuluh bapa yang banyak memberi pengorbanan dan mampu memimpin keluarga hingga berjaya diberi pengiktirafan kerajaan negeri.

Terengganu Rintis Dua Pusat Komuniti eRezeki

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 18 JUNE 2015


Terengganu antara empat negeri di Malaysia terpilih melaksanakan Program Komuniti eRezeki sebagai platform rakyat berpendapatan rendah menambah sumber kewangan menerusi peluang pendapatan secara digital.

Pusat eRezeki Terengganu akan beroperasi di dua daerah, masing-masing di Bangunan Paya Keladi, Kuala Terengganu dan Koperasi Pembangunan Kemaman, di Kemaman.

Maidam Sedia RM8.5 juta Untuk 20,585 Golongan Asnaf

AUTHOR: SURIATI ALI 18 JUNE 2015

Shaikh Harun ketika Sidang Media di Pejabat Maidam, semalam, Foto Harish Fadzillah
*****
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan hampir RM8.5 juta untuk diagihkan kepada 20,585 golongan asnaf di Terengganu pada Ramadan tahun ini.

Thursday 18 June 2015

Maidam Tetapkan Tiga Kadar Zakat Fitrah

AUTHOR: SURIATI ALI 17 JUNE 2015

Shaikh Harun menunjukkan tiga kadar zakat fitrah yang ditetapkan kepada umat islam di Terengganu.
*****
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan tiga kadar Zakat fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini iaitu RM7.40, RM6.80 atau RM4.60 bagi setiap orang

RM858,500 Untuk Masjid Dan Surau Sempena Ihya’ Ramadan

 AUTHOR: NORAINI JUSOH 17 JUNE 2015


Bersempena kedatangan Ramadan esok, sebanyak RM858,500 diagihkan kepada masjid dan surau di semua daerah di negeri ini sebagai galakan untuk ahli jawatankuasanya menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid.

Tuesday 16 June 2015

Maidam Sumbang Zakat RM5 Juta Kepada UIM

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 16 JUNE 2015


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyerahkan zakat berjumlah RM5 juta kepada Universiti Islam Malaysia sebagai sokongan terhadap perkembangan universiti yang memfokuskan kepada pengajian Islam di negara ini.

JPNT Wujud `Cyber Troopers’ Tangani Persepsi Negatif

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 16 JUNE 2015


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil inisiatif mewujudkan pasukan tentera siber sebagai langkah menangkis dan memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan negeri dan Pusat serta hal berkaitan pentadbiran.


Proses Naik Taraf IQT Kepada Kolej Universiti Siap 99.9 Peratus


AUTHOR: NORAINI JUSOH 16 JUNE 2015


Proses menaik taraf Institut Al-Quran Terengganu (IQT) sebagai Kolej Universiti kini mencapai tahap 99.9 peratus siap dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya paling lewat pada awal tahun hadapan.

Foto Pilihan - Minggu Perpaduan Peringkat Negeri 2015

Dato' Haji Pehimi sempat bergambar sebagai kenangan bersama kontigen Perpaduan Daerah Besut di Sambutan Minggu Perpaduan Peringat Negeri Terengganu 2015 di Daerah Dungun pada 13 Jun 2015.

Terengganu Serah RM200 Ribu Kepada Sabah

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 15 JUNE 2015


Kerajaan negeri menyerahkan bantuan berjumlah RM200,000 kepada Sabah sebagai tanda keprihatinan rakyat Terengganu terhadap mangsa gempa bumi yang melanda daerah Ranau pada 5 Jun lalu.

Tidak Puasa, Makan Di Khalayak Ramai Akan Ditangkap

AUTHOR: NORAINI JUSOH 15 JUNE 2015


Umat Islam di negeri ini yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di waktu siang akan didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, Seksyen 19.

Terengganu Tidak Guna Khidmat Imam Luar Sepanjang Ramadan

AUTHOR: NORAINI JUSOH 15 JUNE 2015

Kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat imam dari luar negara di semua masjid di negeri ini sepanjang Ramadan tidak lama lagi.

Monday 15 June 2015

"Saya Sayang Bapa Saya"

15 Jun 2015 (Ahad) Oleh Haji Wan Aziz Wan Idris


Tema ini dipilih sempena meraikan Hari Bapa peringkat negeri Terengganu 2015. Program ini diadakan juga sebagai menyambut kedatangan Bulan Ramadan 1436H yang akan tiba tak berapa hari lagi.

Sunday 14 June 2015

Terengganu Hantar Skuad Sukarelawan TTB Ke Sabah Bermula Jumaat Lalu

AUTHOR: SURIATI ALI 14 JUNE 2015

 

Kerajaan negeri mula menghantar Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB), mulai Jumaat lalu bagi memantau keperluan mangsa gempa bumi di Sabah.

Sambutan Ambang Ramadan & Hari Bapa Peringkat Negeri Terengganu

Semua Dijemput Hadir Ramai-ramai!

Kembali Hayati Prinsip Rukun Negara-Pehimi

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 14 JUNE 2015


Rakyat negeri ini diminta kembali menghayati lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara bagi menjamin kestabilan dan perpaduan kaum di negara ini terus terjamin sepanjang hayat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof, berkata sejak kebelakangan ini rakyat terutama generasi baru tidak lagi mengamalkan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara  menyebabkan banyak perkara yang bertentangan dengan perlembagaan negara tidak lagi dihormati.

Terengganu Juara Superb 2015

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 13 JUNE 2015


Terengganu mengesahkan kejuaraan di Kejohanan Sukan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Se-Malaysia Ke-13 (Superb) 2015 yang berakhir, malam tadi.

Kontinjen tuan rumah berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa untuk mengatasi 12 pasukan negeri lain yang bertanding pada kejohanan sukan dwi-tahunan itu.

Pesakit Koma Di Mekah Dibawa Pulang 22 Jun

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 14 JUNE 2015


Pesakit dari Terengganu yang sedang koma di Hospital Ajyaad, Mekah, Mamat Jusoh, dijangka akan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Jun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya bersama keluarga akan berbincang dengan pihak hospital di sini bagi membawa pulang pesakit secepat mungkin.

Agihan Baucer Dana Hari Raya Aidilfitri 2015

Dato' Haji Muhammad Pehimi menyerah baucer Dana Raya kepada salah seorang penerima.
*****
13 Jun 2015 (Sabtu) - Bertempat di Masjid Ulul Albab Seberang Jertih, PDM Seberang Jertih adalah yang pertama mengagihkan baucer "Dana Raya" yang melibatkan JKKK Seberang Jertih dan RAKR Seberang Jertih.

2,307 Koperasi Sekolah Jana Perolehan RM321.9 Juta Tahun 2014

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 11 JUNE 2015


Sebanyak 2,307 buah koperasi sekolah yang berdaftar di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berjaya menjana perolehan kira-kira RM321.9 juta pada tahun lalu.

Saturday 13 June 2015

Terengganu Terima RM620 Juta Laksana Projek Di Kawasan Pedalaman

AUTHOR: SURIATI ALI 10 JUNE 2015


Terengganu menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM620 juta bagi membangunkan projek-projek di kawasan pedalaman , termasuk perkampungan Orang Asli di sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata peruntukan yang diterima menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak termasuk kos tambahan, RM25 juta yang disediakan bagi tahun ini bagi tujuan sama.

Tuesday 9 June 2015

Terengganu Hantar Skuad Sukarelawan TTB dan RM200 Ribu, Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Sabah

AUTHOR: PENGARANG 9 JUNE 2015



Terengganu bakal menghantar pasukan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) serta bantuan kewangan berjumlah RM200,000 kepada mangsa gempa bumi di Sabah.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya telah meluluskan peruntukan tersebut dengan memberi mandat kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat untuk mengetuai misi kemanusian selama tiga hari dan berakhir 15 Jun itu.

Tarikh Lihat Anak Bulan Pada 16 Jun Ini

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 9 JUNE 2015


Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada Selasa, 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.

DAP terus provokasi Pas kosongkan jawatan

LIM GUAN ENG (tengah) bersama Lim Kit Siang (kanan) dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
*****
KUALA LUMPUR 8 Jun – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meneruskan siri provokasinya bagi menggesa Pas mengarahkan wakil parti itu dalam kerajaan negeri meletakkan jawatan ekoran usul memutuskan hubungan de­ngan DAP oleh Dewan Ulama Pas sebelum ini.

Pasar Payang Diroboh Tahun Depan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 8 JUNE 2015


Pasar Besar Kedai Payang bakal dirobohkan tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Sultan Mizan Rasmi Fasiliti Bersepadu Bio-Metionina, Tiokimia Pertama Dunia

AUTHOR: FAUZI MOHD 4 JUNE 2015


Terengganu mengukir nama dalam peta dunia bagi sektor industri bioteknologi dengan pembukaan fasiliti bersepadu bio-metionina dan tiokimia milik CJ Cheil Jedang (CJ) dari Korea dan Arkema dari Perancis di Taman Biopolimer Kertih, Kemaman.

Fasilisiti bersepadu yang pertama di dunia itu melibatkan pembangunan logi bio-metionina milik CJ dan platform tiokimia milik Arkema dirasmikan pembukaannya hari ini oleh Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.