Páginas

Friday 30 December 2016

Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017

Mohd Syazni Zainudin  | Thursday, December 29, 2016

Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong.
*****
Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang merentangi Sungai Terengganu melibatkan kos sebanyak RM242 juta itu bakal menguraikan masalah trafik yang sering terjadi terutama pada musim perayaan serta cuti sekolah.

Tuesday 27 December 2016

Program Kayuhan Muhibah Jumaat Ini

Noraini Jusoh | Tuesday, December 27, 2016


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017.

Kerajaan Belanja RM40.9 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan

Noraini Jusoh | Tuesday, December 27, 2016


Sejumlah RM40.9 juta peruntukan Dana Bantuan Persekolahan oleh kerajaan negeri telah dinikmati lebih 410 ribu orang pelajar seluruh Terengganu sejak 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, peruntukan tersebut meningkat setiap tahun berikutan jumlah penerimanya yang turut bertambah iaitu 94,966 orang pada 2014 kepada 10,988,000 orang untuk tahun hadapan.

Monday 26 December 2016

Logo Songket Asli Tenunan Tangan Terengganu Dilancar Mudahkan Pengguna Kenali Songket Tulen

Noraini Jusoh | Thursday, December 22, 2016

Logo khas songket asli tenunan tangan Terengganu dilancar semalam bagi memudahkan pengguna untuk mengenali songket tenunan tangan negeri ini yang tulen.
*****
Usaha itu dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Terengganu) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu serta Terengganu International Design Excellence (TiDE).

Hujan Berterusan, 63 Mangsa Dipindahkan Di Kemaman

Aida Abd Rahman | Monday, December 26, 2016


Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, menyebabkan 63 mangsa daripada 16 keluarga mula dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Kemaman, sejak pagi ini.

Memahat Sejarah, 3,000 Pelancong Luar Negara Tiba Sekali Gus Sempena Beautiful Terengganu 2017

Ruslan Abdul Rahman  Saturday, December 24, 2016


Wow! Di luar dugaan - mencipta rekod, memahat sejarah seramai 3,000 orang pelancong luar negara iaitu negara ASEAN bakal membanjiri Terengganu pada 2 hingga 4 Januari depan.

Wednesday 21 December 2016

Perkenal MQ MQuit Services, Elak Ketagihan Merokok

Suriati Ali  Wednesday, December 21, 2016

Sebanyak 39 Klinik Kesihatan (KK) dan tiga hospital di Terengganu menyediakan Perkhidmatan Berhenti Merokok (MQ mQuit Services) bertujuan merawat perokok daripada terus ketagihan nakotin.

Monday 19 December 2016

Premis Perkedaian Baru Sebelah HSNZ Operasi Januari Ini

Noraini Jusoh | Monday, December 19, 2016


Medan Selera yang menempatkan 18 unit lot kedai berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menempatkan pengusaha gerai di laluan pejalan kaki di situ, dijangka dapat memulakan operasi awal Januari ini.

PT3: Terengganu Catat Peningkatan Semua A

Aida Abd Rahman  | Monday, December 19, 2016


Seramai 1,093 atau 5.27 peratus daripada 20,739 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 di Terengganu memperoleh semua A.

Jumlah memperoleh semua A itu meningkat sebanyak 394 orang berbanding 699 atau 3.37 peratus pada tahun lalu.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu muncul sekolah terbaik negeri apabila 77 daripada 109 pelajar atau 70.64 peratus calon memperolehi semua A.

Tahniah! Pemimpin Besut Menjana Anak-Anak Cemerlang

Dato' Haji Muhammad Pehimi - Setiausaha UMNO Bahagian Besut/ADUN Jerteh dan isteri To'Puan Hajah Roslida serta Haji Azizul Jasmi bergambar dengan anak masing-masing yang mendapat kesemua A dalam 11 subjek PT3.
Kedua-dua anak cemerlang ini menuntut di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.

MediaJerteh

Tahun Melawat Terengganu 2017 - 12 Hari Lagi!

  Beautiful Terengganu 2017
Tahun Melawat Terengganu 2017
Panorama indah di puncak Bukit Keluang, Besut - Semua mampu berada dipuncak ini.

MediaJerteh

MITI Sasar 10 Peratus PKS Di Sektor Perkilangan Menjelang 2020

Noraini Jusoh  Sunday, December 18, 2016

Maslan (depan) bersama Nawi (dua dari kiri) dan Roslee (paling kiri) ketika mengadakan lawatan ke Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan pertambahan empat peratus menjadikan keseluruhan 10 peratus pembabitan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan menjelang 2020.

Saturday 17 December 2016

Maulidur Rasul SAW 1438H/2016M

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin berbual mesra dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dalam sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Kuala Terengganu.
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Sultan Terengganu Seru Umat Islam Elak Bercakaran Sesama Sendiri

Suriati Ali | Monday, December 12, 2016

Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di  negeri ini mengelak daripada sebarang bentuk percakaran sesama sendiri dan menjauhi amalan hidup berpuak-puak.

Monday 12 December 2016

71 Pasukan Sertai Perarakan Maulidur Rasul

Suriati Ali | Monday, December 12, 2016

Ahmad Rzif bersama tetamu kehormat lain mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Seramai 2,762 peserta  membabitkan 71 pasukan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu 1438H/2016M.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Mengetuai  perarakan itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.


Pada majlis itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diumumkan sebagai johan bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri, Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (tempat kedua), dan Majlis Agama Islam dan  Adat Melayu Terengganu (tempat ketiga).


Manakala bagi kategori jabatan kerajaan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu diumumkan sebagai johan,  Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (tempat kedua) dan Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu (tempat ketiga).


Johan bagi kategori syarikat-syarikat swasta pula, diraih Syarikat Air Terengganu, TTI Managemant (kedua) dan Petronas Wilayah Pantai Timur (ketiga).

Johan bagi setiap kategori  membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil, tempat kedua (RM2,000) dan tempat ketiga pula membawa pulang RM1,500.

Teganukita/MJ

Friday 9 December 2016

Kemas Terengganu Terima Lebih RM10 Juta Sepanjang 2016

Mohd Syazni Zainudin | Tuesday, November 22, 2016

Dr. Faridah Mat
*****
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu menerima peruntukan lebih RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Dr. Faridah Mat berkata, peruntukan tersebut adalah khusus untuk makanan tambahan kanak-kanak, baik pulih kelas-kelas tadika serta program pendidikan kemahiran.

Bantuan Persekolahan Dibayar Mulai 15 Disember

Suriati Ali | Thursday, December 08, 2016


Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2017 kepada 109,880 pelajar termasuk anak perantau bernilai kira-kira RM10,988,000 juta mulai  15 Disember ini.

Menteri Besar, Ahmad  Razif Abd Rahman berkata, pemberian tahunan itu merupakan antara usaha kerajaan negeri  bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan sekolah.

Monday 5 December 2016

Sidang DUN: Melon Manis Terengganu Terima Pengiktirafan

Mohd Syazni Zainudin  Wednesday, November 23, 2016

 Dato’ Muhammad Pehimi Yusof
*****
Projek Melon Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut menerima pengiktirafan lima bintang dan dinobatkan sebagai ketiga terbaik daripada 75 TKPM seluruh negara.

Friday 2 December 2016

Solat Jumaat

KUALA LUMPUR, 2 Disember — Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom membaca khutbah pada solat jumaat di PWTC petang tadi, turut kelihatan ialah Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Foto: MediaUMNO

Thursday 1 December 2016


Tiga Universiti Malaysia Berada Di Kedudukan 100 Universiti Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Tiga universiti di Malaysia berjaya memasuki senarai 100 terbaik daripada 300 universiti melibatkan 50 negara dalam
Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017.

Terjemah Wala’ Dalam Perbuatan


KUALA LUMPUR, 1 Dis – Prinsip wala’ yang ditekankan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diterjemahkan dalam perbuatan setiap anggota parti.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prinsip wala’ akan menguatkan ukhwah dalam kalangan anggota parti yang seterusnya membantu mencipta jentera yang lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perhimpunan Agung UMNO 2016 - Perwakilan UMNO Bahagian Besut

Perwakilan Besut - Kelihatan YB Abe Adi - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut bersama YB Pehimi - Setiausaha UMNO Bahagian, Senator Hajah Engku Naimah - Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Haji Azizul Jasmi di dalam Dewan Merdeka sedia mengikuti ucapan dasar presiden parti.

MJ - MediaJerteh

Selamat Bersidang!

MJ MediaJerteh

Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

01 Disember 2016 11:57 AM


“UMNO PENGGERAK TRANSFORMASI NASIONAL”

BismillahirRahmanirRahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Naib Presiden Yang Kini Menjalankan Tugas-Tugas Timbalan Presiden,
YB Dato’ Sri Hishammudin,
satu-satunya pula Naib Presiden yang ada sementara kini,
Yang Berbahagia Ketua Wanita, YB Ketua Pemudadan YB Ketua Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para Perwakilan,
Ketua-Ketua Parti Komponen,
Para Pemerhati dan Wakil-Wakil Parti dari Dalam dan Luar Negara,
Dif-dif Jemputan, Para Hadirin,
Sahabat-Sahabat Media,
Seluruh Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, tidak kira di mana berada,
Hadirin dan hadirat semuanya.

Tahniah Biro IT UMNO Bahagian Besut

Tahniah kepada Biro IT UMNO Bahagian Besut kerana memenangi tempat ke 4 Anugerah Laman Web UMNO Bahagian Terbaik Umno Malaysia. YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut mewakili YB Ketua UMNO Bahagian Besut menerima penghargaan tersebut dari YAB Presiden UMNO Malaysia pada lewat petang yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur.

Perhimpunan Agung UMNO 2016

Kuala Lumpur, 01 Disember – Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak melambai tangan kearah perwakilan yang hadir sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC. 

Foto– IRSYADI ISMAIL (PELATIH UITM)

Perhimpunan Agung UMNO 2016

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Para perwakilan mengibarkan bendera UMNO dan Barisan Nasional ketika menyanyikan lagu UMNO dan Barisan Nasion ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung 2016 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Foto–Shafwan Zaidon (Pelatih UiTM)

Tabik hormat

Kuala Lumpur,1 Dis – Barisan Exco Pemuda UMNO yang diketuai ketuanya, Khairy Jamaluddin memberikan ‘tabik hormat’ kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika acara bergambar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC hari ini.

-Foto: MediaUMNO