Páginas

Saturday 25 March 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS 2017

Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis 2017
Daripada
Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh

MJ MediaJerteh

Saturday 18 March 2017

Program Petanque Puteri Dun Jerteh

Oleh Haji Wan Aziz

17 Mac (Jumaat) - Puteri UMNO Dun Jerteh terus aktif dengan progran-program bagi mengeratkan hubungan dikalangan ahlinya. Program terbaru ialah kejohanan petanque tertutup di antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dun Jerteh.

Pengerusi Penyelaras Puteri Dun Jerteh, Suliana Awang yang lebih mesra dengan panggilan Nana, menjelaskan, 13 PDM mengambil bahagian dengan penyertaan yang amat mengalakkan.

Tuesday 14 March 2017

Sayang di Sayang - Program Cakna Adun Jerteh

Oleh: Haji Wan Aziz

Dato' Pehimi sempat menanam sendiri pokok durian belanda di laman salah sorang penerima bantuan JKM dalam program "Ziarah Sayang di Sayang
*****
14 Mac (Jerteh) - Program Sayang di Sayang adalah program terbaru Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh dalam meyelami denyut nadi rakyat khas yang kurang bernasib baik.

Monday 13 March 2017

HIDUP RAKYAT!


MJ

Lawatan Kerja Sehari TPM Ke Terengganu Jumaat Ini

Suriati Ali | Sunday, March 12, 2017

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac).
*****
Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka akan merasmikan Program Kelompok Persidangan UMNO Cawangan Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Lapan Program Utama Meriahkan VBT Sepanjang Mac

Mohd Syazni Zainudin | Sunday, March 12, 2017


Lapan program utama disajikan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sepanjang bulan Mac ini dalam usaha untuk mempromosikan Terengganu di samping merancakkkan  Visit Beautiful Terengganu 2017.

Sunday 12 March 2017

Terima Kasih!

Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusuf
Pengerusi dan Jawatankuasa Penyelaras
Mengucapkan Berbanyak 
Terima Kasih
Di atas sokongan dan kehadiran semasa
Majllis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan
Dalam Dun Jerteh 2017 oleh
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Ahli Majlis Tertinggi UMNO | Menteri Pengajian Tinggi
Pada 11 Mac 2017 | Sabtu | Di Dewan Sivik Gong Nering, Jerteh

TAHNIAH! PDM Padang Luas

Haji Salleh Ab Latif selaku Pengerusi PDM Padang Luas menerima replika plak Johan pertandingan PDM Peringkat DUN Jerteh dariapada Dato' Seri Idris Jusoh semasa perasmian berkelompok persidangan cawangan dalam DUN Jerteh 2017.
11 Mac 2017 (Sabtu).

Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan Dun Jerteh 2017

Oleh: Haji Wan Aziz

11 Mac (Sabtu) - Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dalam DUN Jerteh 2017 oleh Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Ahli Majlis Tertinggi UMNO berlangsung dalam suasana penuh bersemangat, ceria, ramah mesra dan setiakawan.


Tuesday 7 March 2017

Pendaftar SSM Masih Layak BR1M Jika Penuhi Syarat

Noraini Jusoh | Tuesday, March 07, 2017


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.

Monday 6 March 2017

Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran

Mohd Syazni Zainudin | Friday, March 03, 2017

Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah Abd Rahman (Kuala Nerus) muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2017M yang berlangsung selama tiga hari, berakhir malam tadi di Arena Merdeka, Dungun.

Saturday 4 March 2017

Menyampaikan Hadiah Kejohanan Tertutup Tenis Besut

4 Mac 2017 (Sabtu) - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - ADUN Jerteh, petang tadi sempat menyampaikan hadiah di Kejohanan Tenis Tertutup Besut Siri 2017 bertempat di Gelanggang Tenis di Bukit Keluang, Kampung Raja, Besut.

Golongan Belia Perlu Ikon Capai Aspirasi TN50 – Idris

Saturday, 4 March 2017

BESUT, 4 Mac -Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ikon berkenaan akan
dapat memacu mereka agar lebih fokus dalam pencapaian yang diinginkan, sekali gus membantu mencipta kejayaan selaras dengan hasrat TN50.

Wednesday 1 March 2017

Bina Persaudaraan Dalam Suasana Penuh Keampunan Allah SWT - MB

Mohd Syazni Zainudin | Wednesday, March 01, 2017


Barisan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran 1438H serta jemaah hakim. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru agar rakyat Terengganu tidak berpecah–belah, saling kasih– mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Anak Penoreh Getah Muncul Pelajar Terbaik STPM Negara

Mohammad Ishak | Tuesday, February 28, 2017


Kejayaan anak penoreh getah dari Kampung Bukit Payong ,Hulu Besut, yang tersenarai antara pelajar terbaik negara membuktikan sistem pendidikan malaysia tidak pernah membezakan taraf kehidupan keluarga.

Siti Zubaidah Ismail (gambar), dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk bersaing dengan pelajar lain yang hidup serba mewah.

Penjawat Awam Sebagai Agen Pelaksana

Mohd Syazni Zainudin  | Tuesday, February 28, 2017


Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi dengan mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang dan peraturan perkhidmatan dan pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  penjawat awam seharusnya memainkan peranan sebagai agen pelaksana untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan rakyat tidak hilang.