Sempena sambutan Hari Polis Ke-205, Pihak PDRM khususnya PDRM Daerah Besut di beri penghargaan dan penghormatan apabila ketika solat jumaat di Masjid Kg. Batu Tumbuh semalam, wakil dari PDRM Daerah Besut dijemput untuk menyampaikan khutbah jumaat.
Ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada pihak polis yang telah banyak berkorban dalam usaha menjaga dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita.Turut hadir menunaikan solat jumaat di Masjid Kg. Batu Tumbuh adalah Y.B Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera, Y.B Dr. Rahman, ADUN Kuala Besut, Supt. Kamarudin Mohd Zakaria, Ketua Polis Daerah Besut, anggota-anggota polis daerah Besut serta penduduk sekitar Kg. Batu Tumbuh.Didalam majlis tersebut, pesara dan juga anggota turut diberikan penghargaan...
rakyat dan polis memenuhi ruang masjid |
Y.B Pehimi menyampai cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Besut sempena Hari Polis Ke-205 |
Published by Putera
Kerja yang mulia
ReplyDeleteyg pakai jubah putih tu ayah saya. ;)
ReplyDelete