Páginas

Sunday 27 September 2015

Nombor Pendaftaran TTB Bagi Rakyat Terengganu

AUTHOR: NORAINI JUSOH 23 SEPTEMBER 2015


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kerana meluluskan permohonan kerajaan Terengganu untuk penggunaan nombor pendaftaran kenderaan TTB bagi rakyat negeri ini.



Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini telah meluluskan siri nombor pendaftaran TTB untuk dikeluarkan lebih awal bagi urusan tempahan dan pendaftaran mendahului siri nombor pendaftaran bagi Negeri Terengganu.

Ianya selaras dengan slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Ahmad Razif.

“Terima kasih kepada pihak JPJ Malaysia, terutama kepada Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia kerana telah meluluskan permohonan kerajaan negeri supaya dapat dikeluarkan plat TTB, walaupun kita difahamkan plat TTB ini sepatutnya dikeluarkan 60 tahun akan datang.

“Insyaallah, dalam masa terdekat plat TTB ini akan dikeluarkan oleh pihak JPJ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment