Páginas

Monday, 3 April 2017

Pusat Membeli Belah SOGO di Kuala Terengganu


Bandar Raya Kuala Terengganu bakal dihiasi satu lagi projek mega apabila projek pembinaan pembangunan pusat membeli-belah Mayang Mall, yang turut menempatkan pasar raya Sogo di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, bakal siap dalam tempoh empat tahun akan datang.
Projek milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di bawah pengurusan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd dengan nilaian pelaburan projek RM900 juta itu bakal menyediakan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu.

Pembinaan Mayang Mall yang berketinggian enam tingkat dan di kawasan seluas 715,000 kaki persegi itu terbahagi kepada dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan kos RM600 juta merangkumi apartmen setinggi  15 tingkat.

Dipetik dari Teganukita

No comments:

Post a Comment