Páginas

Friday 20 July 2012

TAHNIAH!!!!!! Terengganu JUARA SUKMA kali ke-4 berturut-turut.

"GANU HANELANG" memang satu istilah yang sangat sesuai bagi kontijen SUKMA Terengganu kerana mereka telah mencipta sejarah apabila menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia buat kali ke-4. Pada kejohanan sukma ke-15 di Pahang baru-baru ini,para atlit Terengganu telah berjaya mengutip 62 pingat emas keseluruhan di mana telah melangkaui sasaran.
Saya berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir hoki lelaki sukma baru-baru ini di antara pasukan Terengganu menentang pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Perlawanan tersebut sangat sengit dan mendebarkan dimana pemenang terpaksa di tentukan menerusi jaringan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat sehingga tamat masa permainan dan masa tambahan. Semangat pemain-pemain sungguh mengagumkan. Pada petang sebelum perlawanan akhir wanita juga telah dimiliki oleh pasukan hoki wanita Terengganu apabila menewaskan Kuala Lumpur.
Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlit, jurulatih dan pegawai-pegawai kontijen SUKMA TERENGGANU yang telah berjaya..Dan tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong yang memberikan sokongan yang padu.. SYABAS DAN TAHNIAH!!!!

antara aksi yang menarik dan mendebarkan

sokongan padu para penonton

TRG JUARA LAGI!!!

Lagu Terengganu bergema di Stadium



pemain meraikan kejayaan cemerlang mereka.

No comments:

Post a Comment