Páginas

Sunday, 1 July 2012

KERANA MEREKA KITA MERASA NIKMAT KEAMANAN..

 Pejuang semasa zaman darurat adalah orang yang banyak berjasa kerana pengorbanan mereka, kita generasi kini dapat mengecapi nikmat kehidupan yang aman pada masa kini. Baru-baru ini, saya bersama rombongan yang turut di sertai oleh wakil dari Ahli Parlimen Besut sempat meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan dari kerajaan kepada bekas-bekas tentera dan polis yang pernah berkhidmat semasa darurat. Sungguh pun sumbangan yang diberikan tidak setimpal jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka, sumbangan ini merupakan satu penghargaan kepada jasa mereka dan kerajaan dan rakyat tidak pernah lupa akan jasa mereka. Saya mewakili rakyat Malaysia dan seluruh penduduk Kota Putera khususnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas-bekas pejuang ini.
Encik Abd Ghafar Bin Mohamad
Encik Abd Ghafar dan Isteri.

Balu kepada Allahyarham Osman Bin Muda

Encik Ismail Bin Jusoh





No comments:

Post a Comment