Kenapa UMNO wajid dipertahankan? Kerana UMNO 'dilahirkan dari rahim yang baik'. UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 adalah hasil dari semangat bersatu padu lebih 40 pertubuhan Melayu seluruh Tanah Melayu pada masa itu termasuk yang berada di Singapura.
Lahir atas semangat nak memerdekakan Tanah Melayu ini dari belenggu penjajah. Mendaulatkan tanah air dan Agama Islam setelah sekian lama dijajah oleh warga asing.
Itulah kesimpulan tepat yang telah diberikan oleh Dato' Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki - Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah, Jertih kemarin.
Dato' Dr Asyraf selanjutnya menjelaskan hampir semua parti yang ditubuhkan atas dasar kecewa akibat tewas dalam pemilihan parti. PAS ditubuhkan kerana Encik Fuad tewas kepada Tunku Abd Rahman dalam pemilihan presiden UMNO. Semangat 46 ditubuhkan satu ketika kerana Tengku Razaleigh tewas kepada Dr. Mahathir dalam pemilihan Presiden UMNO.
Anwar Ibrahim tubuh PKR kerana dipecat dari UMNO. Parti PAN ditubuhkan kerana Mat Sabu tewas kepada Haji Hadindalam pemilihan presiden PAS.
Terbaru, parti yang ditubuhkan oleh Muhyidin Yassin atas nama Pribumi Bersatu juga atas dasar kecewa dan dendam semata-mata.
"Sehubungan itu menjadi satu kewajipan untuk ahli-ahli UMNO terus mempertahankan Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO kerana terbukti bahawa UMNO lah sebuah parti banyak berjasa khasnya dalam menjulang Islam sebagai sebuah agama Persekutuan bagi negara ini", ujar Dr. Asyraf lagi.
MJ MediaJerteh
No comments:
Post a Comment