Kumpulan Strikers XVI mengungguli pertandingan KIK sempena Konvensyen Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu 2017, di Wisma Darul Iman, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
****
Kerajaan negeri akan memperkenalkan satu dasar baharu, `1 jabatan 1 inovasi' dalam pentadbiran negeri bagi memastikan agenda inovasi menjadi keutamaan di Terengganu, bermula tahun depan.Bagi merealisasikan dasar ini, program inovasi akan dijadikan sebagai satu kriteria Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.