Páginas

Tuesday, 31 January 2017

Pasangan Bisu Gembira Terima Rumah Percuma

Mohammad Ishak | Tuesday, January 31, 2017


Hasrat pasangan suami isteri bisu untuk mendapat rumah kediaman sendiri menjadi kenyataan apabila menerima rumah percuma sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Besut, kelmarin.

Terengganu Kembali Hangatkan LTdL 2017

Aida Abd Rahman | Sunday, January 29, 2017

Rozi (dua dari kanan) bersalaman dengan Emir sejurus selesai sidang media mengenai status terkini penyertaan Terengganu dalam kejohanan LTdL 2017, di Hotel Permai Inn, semalam. Foto oleh Zulkifli CW Putra
*****
Berita gembira buat semua peminat sukan berbasikal Terengganu apabila negeri ini disahkan kembali tersenarai sebagai laluan dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.

Pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato' Rozi Mamat itu susulan persepakatan yang dicapai kerajaan negeri dengan penganjur LTdL, sekali gus menyelesaikan isu penarikan laluan Terengganu dalam peta LTdL 2017 yang tersebar di media, sebelum itu.

Thursday, 26 January 2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017


MJ

Agihan Limau Sempena Tahun Baru Cina 2017


26 Januari(Khamis) - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof bersama isteri hari ini meluangkan masa mengagihkan limau manderin kepada kaum tionghua di bandar Jertih bagi sama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut hari Sabtu ini.

Wednesday, 25 January 2017

LTdL 2017: TSG Mungkin Tarik Diri

Suriati Ali | Tuesday, January 24, 2017


Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) berkemungkinan akan menarik diri dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijangka bermula pada 22 Februari hingga 1 Mac ini .

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, TSG juga yang sebelum ini ditadbir urus melalui kerajaan negeri mungkin dibubarkan atau diserahkan kepada pihak lain untuk mengurusnya.

Monday, 23 January 2017

Hanya RM200 Bina Buaian Di Pantai Batu Burok
 Suriati Ali  Sunday, January 22, 2017


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menambah bilangan buaian sedia ada di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kepada 10 buaian tidak lama lagi.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, empat buaian sedia ada yang dibina secara bergotong-royong sesama kakitangan MBKT tiga minggu lalu hanya melibatkan kos RM200 kerana menggunakan barangan terbuang.

Monday, 16 January 2017

Epic Berhad - CMC Engineering Terajui Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur

Suriati Ali | Sunday, January 15, 2017

Ahmad Razif menyaksikan MOU Antara Epic Berhad  yang diwakili Tengku Mahamad  dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif Hazwan Alif Abdul Rahman) di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C W Putra
*****
EPIC Berhad bersama-sama dengan CMC Engineering Sdn Bhd dipertanggungjawabkan melaksanakan Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Terengganu yang bakal menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur.