Páginas

Tuesday, 31 January 2017

Pasangan Bisu Gembira Terima Rumah Percuma

Mohammad Ishak | Tuesday, January 31, 2017


Hasrat pasangan suami isteri bisu untuk mendapat rumah kediaman sendiri menjadi kenyataan apabila menerima rumah percuma sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Besut, kelmarin.


Pasangan terbabit, Rafizah Ahmad,43 dengan isterinya Rahayu Awang, 40, dari Kampung Bukit Kenak, Jertih, terharu kerana nasib mereka turut mendapat perhatian pemimpin yang prihatin dengan memberikan rumah berkenaan untuk didiami bersama keluarga dengan lebih selesa.

Mereka juga mencatat sejarah apabila menjadi peserta ke-100 menerima Rumah Komuniti yang diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh sejak Januari tahun lalu.

Majlis penyerahan replika kunci rumah itu kepada pasangan berkenaan disempurnakan oleh Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi.

Rumah Komuniti berharga RM20,000 berukuran 600 kaki persegi mengandungi tiga bilik diagihkan percuma kepada golongan yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.

Projek perintis idea Idris diperkenalkan di kawasan Parlimen Besut itu mampu menjimatkan kos pembinaan selain dapat disiapkan dalam tempoh sebulan.

Kaedah pembinaan rumah berkenaan menggunakan teknologi moden dan dibina secara bergotong-royong oleh pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik dari seluruh negara.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment