Páginas

Saturday, 31 March 2012

Program Riadah Untuk Golongan Belia Batu Tumbuh Dan Sekitar Kota Putera.

Satu Kejohanan Motorcross & Cubcross telah di adakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Kampung Batu Tumbuh. Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari segi penyertaan dan sambutan penonton yang hadir. Pelbagai lapisan masyarakat tidak kira muda, tua bahkan kanak-kanak kelihatan hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut. Kejohanan ini adalah inisiatif Pemuda UMNO Cawangan Batu Tumbuh dengan kerjasama beberapa pihak yang bertujuan untuk menyediakan satu platform riadah untuk golongan belia yang sukakan sukan permotoran. Di samping itu, pihak penganjur juga berharap dengan adanya kejohanan seperti ini, kegiatan-kegiatan yang kurang baik di kalangan belia seperti lumba haram dapat dikurangan dengan adanya kejohanan seperti ini. Pihak penganjur juga bercadang untuk menjadikan kejohanan seperti ini sebagai acara bulanan. Dan cadangan tersebut diterima baik dan di sokong oleh para peserta dan penonton yang hadir. Kejohanan tersebut dipecahkan kepada 3 kategori ia itu, kategori clasic, cubcross dan juga kategori open. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang di sempurnakan oleh Y.B Haji Muhammad Pehimi b. Yusof, ADUN Kota Putera.

Juara Kategori Open

Aksi- aksi ketika perlumbaan open

antara jentera yang menyertai kejohanan
Juara mendapat "cheque flag" dari YB Pehimi
Aksi menarik dari pelumba






Published By Putera

Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMR,SPM Dan STPM 2011 Daerah Besut.

Pada 25 Mac lalu, satu majlis bagi meraikan dan menghargai kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar dan guru-guru di dalam PMR, SPM dan STPM 2011  di Besut telah diadakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Besut bertempat di Demong Beach Resort. Majlis tersebut dirasmikan dan disenpurnakan oleh YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, ADUN Jertih yang juga merangkap Ketua UMNO Besut. Turut serta di dalam majlis tersebut adalah YB Dr Abdullah Mohd Zin, Ahli Parlimen Besut, YB Muhammad Pehimi Bin Yusof, ADUN Kota Putera, YB Nawi Bin Mohamad, ADUN Hulu Besut dan YB Dr Rahman, ADUN Kuala Besut serta pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di  Besut.
Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dimulakan dengan ucapan Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tuan Haji Ab Halim Bin Haji Hassan. Kemudian di ikuti dengan ucapan perasmian dan pelancaran oleh YB Dato' Haji Idris Bin Jusoh. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan sekolah yang cemerlang. Satu anugerah khas disampaikan kepada adik Muhamad Shukri Bin Abdullah (didalam gambar diatas), dari SMK Renek seorang pelajar kurang upaya (OKU) minda yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM 2011. Disamping itu satu anugerah dan penghargaan turut di sampaikan kepada adik Nurussyahamah Taqiah Binti Nurunnajmi yang telah menjadi Johan didalam Program Adik-adikku Musim Ke-3.
Ucapan Perasmian Dan Pelancaran oleh Dato' Idris

Adik Nurussyahamah Taqiah menerima anugerah dan penhargaan




Published by Putera

Kejohanan Tertutup Futsal Keluang.


Satu kejohanan futsal tertutup telah diadakan pada 26 Mac 2012 bertempat di gelangang futsal berhampiran Kompleks Rakan Muda Besut, kejohanan tertutup ini adalah anjuran KEMAS Besut, bertujuan untuk mengadakan satu aktivi berfaedah kepada golongan belia dan muda setempat di kawasan kampung Keluang. Kejohanan ini mendapat penyertaan dan kehadiran yang agak mengalakan. Kejohanan ini juga di hadiri oleh YB Muhammad Pehimi, ADUN Kota Putera sebagai tanda sokongan kepada kejohanan yang di anjurkan. YB Muhammad Pehimi juga sempat meluangkan masa beriadah dan menunjukkan kemahiran beliau bermain futsal apabila menyertai perlawanan persahabatan. Beliau berharap agak program-program seumpama ini diteruskan dari masa ke semasa kerana melaluinya golongan muda dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat di samping dapat menyihatkan badan.
YB Pehimi Menunjukan Bakat Bermain Futsal
sebahagian dari aksi


Published By Putera

Saturday, 24 March 2012

Penghargaan Buat PDRM Daerah Besut

 


Sempena sambutan Hari Polis Ke-205, Pihak PDRM khususnya PDRM Daerah Besut di beri penghargaan dan penghormatan apabila ketika solat jumaat di Masjid Kg. Batu Tumbuh semalam, wakil dari PDRM Daerah Besut dijemput untuk menyampaikan khutbah jumaat.
Ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada pihak polis yang telah banyak berkorban dalam usaha menjaga dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita.Turut hadir menunaikan solat jumaat di Masjid Kg. Batu Tumbuh adalah Y.B Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera, Y.B Dr. Rahman, ADUN Kuala Besut, Supt. Kamarudin Mohd Zakaria, Ketua Polis Daerah Besut, anggota-anggota polis daerah Besut serta penduduk sekitar Kg. Batu Tumbuh.
Didalam majlis tersebut, pesara dan juga anggota turut diberikan penghargaan...




rakyat dan polis memenuhi ruang masjid

Y.B Pehimi menyampai cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Besut sempena Hari Polis Ke-205



Published by Putera

Polis dan Penduduk setempat Kota Putera Sepakat

Sambutan Hari Polis Ke 205 peringkat daerah Besut tahun ini dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung di Masjid Kampung Air Tawar, Kampung Raja,malam tadi.

Majlis yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhamad Pehimi Yusof,Ketua Polis Daerah Besut, Superentandan Kamaruddin Mohd Zakaria serta pegawai kanan pasukan berkenaan.

Selain itu,program itu juga turut dimeriahkahkan dengan kehadiran penduduk tempatan serta anggota polis daerah itu.

Muhammad Pehimi ketika berucap selepas majlis itu gembira dengan sokongan masyarakat terhadap setiap program yang diadakan oleh pihak polis.

Katanya, sesuai dengan tema hari polis tahun ini “Komuniti Sejahtera” pemilihan masjid sebagai pusat aktiviti membabitkan polis dan masyarakat ia diharap dapat menjalin kerjasama erat antara kedua belah pihak.

“Usaha ini juga dapat menjalin semangat persefahaman dan kerjasama dalam usaha kerajaan merapatkan jentera kerajaan dengan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata pihaknya puas hati dengan kerjasama penduduk daerah itu terhadap pasukan Polis terutama dalam usaha membanteras jenayah.

Katanya, jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselatan Kampung (JKKK) daerah Besut menjadi agensi utama membantu setiap program yang diadakan oleh polis di kawasan masing-masing.

Program Ramah Mesra Dan Penyampaian Bantuan

Rabu, 21 Mac, Satu program ramah mesra dan penyampaian bantuan telah diadakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut. Program ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Y.B Haji Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera.
Program tersebut dihadiri kira-kira 900 orang yang menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut.
Semasa ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat dan kerajaan akan terus melaksanakan serta menambah baik segala usaha dalam menjaga kebajikan rakyat.
Sepanjang program tersebut, Y.B Muhammad Pehimi sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada penduduk yang hadir serta mendengar aduan dan permasalahan yang dihadapi beberapa orang penduduk. Beliau berjanji akan cuba membantu dan menyelesaikan perkara yang diajukan kepada beliau.
Y.B Pehimi beramah mesra dan bertanya khabar rakyat

antara yang hadir

mendengar aduan dari rakyat

Tahniah!!!!!!!! Calon SPM 2011


Syabas dan tahniah untuk anak-anak Dun Kota Putera yang berjaya dan cemerlang didalam SPM 2011 yang lalu... Kepada yang kurang berjaya, teruskan usaha dan jangan berputus asa. Semoga anak-anak terus mengharumkan nama keluarga dan nama Besut dengan kejayaan anda semua..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 15 March 2012

Pelajar Terbaik STPM Terengganu

ADUN Kota Putera YB Muhamad Pehimi Yusof mengucapkan tahniah kepada pelajar terbaik STPM Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman,19, sambil ditemani ibu dan guru2 SMA Maarif,Kampung Raja, Besut.