Páginas

Showing posts with label kota putera besut. Show all posts
Showing posts with label kota putera besut. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Selamat Berjaya Buat Semua Calon UPSR 2012...

Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Berjaya buat semua calon-calon UPSR 2012 seluruh Malaysia dan adik-adik DUN Kota Putera khususnya.. 
Baru-baru ini satu program Pemuafakatan Kecemerlangan UPSR 2012 daerah Besut telah diadakan di Dewan Maktab Perguruan Sultan Mizan, program tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Yusof , ADUN Kota Putera. Di dalam ucapan perasmian beliau, beliau mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua calon-calon dan mendoakan mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya mengekalkan rekod yang di pegang oleh daerah Besut, dimana daerah Besut mencatatkan keputusan UPSR terbaik di Negeri Terengganu dan membantu negeri Terengganu menjadi Johan Malaysia bagi keputusan UPSR terbaik...

Selamat Maju Jaya buat semua Calon-calon USPR 2012..

wajah-wajah bakal pelapis kepimpinan negara

Ibu bapa turut hadir sebagai sokongan moral kepada anak-anak.

Wajah seorang ibu yang ingin melihat kejayaan anaknya.

Ibu bapa menjadi saksi Ikrar anak-anak..



Published with Putera

Monday, 10 September 2012

Pemimpin Beraya Bersama Mahasiswa/i Daerah Besut.

Tahniah dan syabas kepada pimpinan Gabungan Mahasiswa/i Besut diatas kejayaan menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Mahasiswa/i daerah Besut di Dewan Gong Kemuntung baru-baru ini..Program tersebut mendapat sambutan yang amat mengalakan apabila dianggarkan seramai 1,600 lebih orang mahasiswa dan mahasiswi daerah Besut menghadirinya. Pelbagai acara telah diatur untuk mengisi program tersebut antara yang paling menarik dan mendapat perhatian ramai adalah cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiah yang disediakan sangat menarik.. Antaranya adalah Basikal Fixie, Komputer Riba dan juga Ipad..
Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. A. Rahman Mokhtar, ADUN Kuala Besut yang juga EXCO Kerajaan Negeri dan juga ADUN Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof.  Sementara itu, sebilangan mahasiswa dan mahasisiwi yang ditemui merasa amat gembira dengan program yang dianjurkan ini kerana mereka berpendapat program ini merupakan satu hub untuk mereka bertemu dengan rakan-rakan disamping dapat bertukar-tukar idea pendapat dan juga pengalaman.. Mereka berharap program seperti ini di jadikan program tahunan..

Ruangan dewan dipenuhi dengan mahasiswa/i besut.

pemenang bertuah basikal fixie

Mahasiswa bertuah mendapat komputer riba.

pemenang I-pad.

Mahasiswa/i Besut mengambil peluang bergambar bersam pemimpin-pemimpin kesayangan.

YB Pehimi sempat bertanyakan khabar para mahsiswa.

Published with Putera.

Merdeka-Raya di Dun Kota Putera.....

Tahun ini merupakan satu tahun yang agak istimewa di mana Syawal dan hari Kemerdekaan Negera kita disambut pada bulan yang sama..Justeru itu, ramai pihak mengambil inasiatif menyambut kedua-dua sambutan yang bermakna ini secara serentak.. Mereka menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan juga pada masa yang sama melancarkan majlis sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan di atas keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hasil dari kemerdekaan negara ini, disamping turut meraikan kemeriahan Aidilfitri yang masih hangat dirasai..
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof sempat meluangkan masa turun padang menyertai dan memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh beberapa pihak JKKK, NGO dan badan-badan kerajaan..

merdeka-raya JKKK Kg Kubang Ikan.

Semangat merdeka dan kemeriahan raya terpancar di raut wajah kanak-kanak
Majlis Aidilfitri Kampung Beting Lintang.

Perarakan membawa Jalur Gemilang di Kg Beting Lintang

Sambutan Aidilfitri di Kg Gong Kepas Dalam


YB Pehimi melawat dan bertanyakan khabar "orang dapur"..
Basikal berhias sempena sambutan Aidilfitri dan ambang merdeka anjuran KRT Seri Nangka.

Published with Putera.

Saturday, 25 August 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri..........

Amalan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan satu budaya yang telah lama dilakukan dikalangan masyarakat di Malaysia... Sempena Aidilfitri baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Y.B Haji Muhammad Pehimi Yusof dan keluarga sempat mengadakan satu majlis rumah terbuka di kediaman mereka di Kampung Batu Tumbuh pada hari raya Aidilfitri yang ke-3 yang lalu.
Program Rumah Terbuka beliau dan keluarga bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sambutan rumah terbuka beliau dan keluarga pada tahun ini amat meriah dengan kehadiran tetamu yang dianggarkan kira-kira 6,000 orang lebih..

YB Muhammad Pehimi menerima kunjungan dari tetamu istimewa.

Sahabat kaum cina turut hadir.

Kanak-kanak mendapatkan ais-krim percuma.

Bersama "orang lama"

YB Pehimi menyambut kehadiran para tetamu.

Menu paling panas.




Published By Putera.

Saturday, 28 July 2012

Majlis Berbuka Puasa Dun Kota Putera


Berbuka puasa beramai-ramai satu perkara yang sangat menyeronokkan dan baik. Baru-baru ini satu majlis berbuka puasa peringkat Dun Kota Putera telah diadakan bertempat di Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera. Majlis tersebut mendapat sambutan yang mengalakan daripada semua lapisan masyarakat penduduk di sekitar DUN Kota Putera. Majlis berbuka puasa ini merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera. YB Haji Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera dan keluarga turut sama hadir dan berbuka puasa bersama-sama. Didalam majlis tersebut, YB Pehimi juga turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Beliau berharap sumbangan kecil itu dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
gulai kawah menu utama

YB Pehimi sempat beramah mesra dengan hadirin.

Add caption

YB Pehimi menyampaikan sedikit sumbangan kepada yang kurang bernasib baik.

Published By Putera

Saturday, 24 March 2012

Polis dan Penduduk setempat Kota Putera Sepakat

Sambutan Hari Polis Ke 205 peringkat daerah Besut tahun ini dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung di Masjid Kampung Air Tawar, Kampung Raja,malam tadi.

Majlis yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhamad Pehimi Yusof,Ketua Polis Daerah Besut, Superentandan Kamaruddin Mohd Zakaria serta pegawai kanan pasukan berkenaan.

Selain itu,program itu juga turut dimeriahkahkan dengan kehadiran penduduk tempatan serta anggota polis daerah itu.

Muhammad Pehimi ketika berucap selepas majlis itu gembira dengan sokongan masyarakat terhadap setiap program yang diadakan oleh pihak polis.

Katanya, sesuai dengan tema hari polis tahun ini “Komuniti Sejahtera” pemilihan masjid sebagai pusat aktiviti membabitkan polis dan masyarakat ia diharap dapat menjalin kerjasama erat antara kedua belah pihak.

“Usaha ini juga dapat menjalin semangat persefahaman dan kerjasama dalam usaha kerajaan merapatkan jentera kerajaan dengan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata pihaknya puas hati dengan kerjasama penduduk daerah itu terhadap pasukan Polis terutama dalam usaha membanteras jenayah.

Katanya, jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselatan Kampung (JKKK) daerah Besut menjadi agensi utama membantu setiap program yang diadakan oleh polis di kawasan masing-masing.