Páginas

Monday, 9 April 2012

Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri Cawangan, Bahagian Besut Tahun 2012.

Pada 30 Mac yang lalu, UMNO Bahagian Besut, telah mengadakan satu majlis perasmian persidangan berkelompok bagi UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bagi UMNO Bahagian Besut bertempat di Dewan Gong Kemuntung, Jerteh. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Dato' Sri Mustapa juga adalah "Bapa Angkat" kepada UMNO Bahagian Besut. Majlis dihadiri oleh semua barisan kepimpinan UMNO Bahagian Besut yang di ketuai oleh YB Dato' Sri Idris Jusoh,ADUN Jerteh merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, YB Abdullah Mohammad Zin, Ahli Parlimen Besut, YB Muhammad Pehimi Yusof,ADUN Kota Putera, YB Nawi Mohamad, ADUN Hulu Besut dan YB Dr. Rahman, ADUN Kuala Besut.
Majlis tersebut di mulakan dengan persembahan dari adik Nurussyahamah Taqiah Binti Nurunnajmi yang mempersembahkan kebolehan beliau yang telah menobatkan beliau menjadi Johan Rancangan Adik-adikku musim lalu di ikuti dengan satu persembahan sketsa. Majlis teruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu UMNO yang dinyanyikan oleh para hadirin dengan penuh bersemangat. 
Di dalam ucapan perasmian oleh Dato' Sri Mustapa, beliau menekankan bahawa PRU-13 adalah pilihanraya yang paling sengit dan getir bagi UMNO dan menyifatkan PRU -13 sebagai "Mother of Battles" dimana pihak pembangkang akan cuba dengan pelbagai carapun untuk menawan Putrajaya pada PRU-13. Tetapi di Besut dibawah kepimpinan Dato Sri Idris dan barisan kepimpinan UMNO Besut, beliau yakin dan pasti bahawa Besut untuk PRU-13 adalah "bereh blako".Beliau juga ada menyentuh bagaimana di Pulau Pinang di bawah pemerintahan pembangkang, berbagai perkara yang kurang enak di dengar telahpun berlaku seperti tanah masjid telah di jual. Tetapi apa yang beliau lebih kesal dan sedih, bagaimana Nik Aziz dan PAS masih setia dengan PKR dan DAP walaupun berbagai-bagai dan bermacam-macam perkara telah berlaku. Beliau juga ada menyatakan, sekarang ini di Kelantan gerak kerja unutk memastikan Barisan Nasional dapat menakluk negeri Cik Siti Wan Kembang itu sedang giat dijalankan dan hasil gerak kerja tersebut menampakkan hasil yang positif terutamanya apabila slogan "Gelombang Merah" kini meniti di bibir rakyat Kelantan.
Dato' Pa disambut dengan persembahan oleh Gamutra




Published By Putera

No comments:

Post a Comment