Páginas

Tuesday 10 April 2012

"Satu Komuniti Satu JPJ"

"Satu Komuniti Satu JPJ" (SKSJ) adalah satu program yang dulu dikenali dengan "Program JPJ Bersama Rakyat" telah diadakan di Kampung Gong Bayor, Besut pada 6 - 7 April 2012.  Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar melalui pelbagai aktiviti jabatan disamping memperkenalkan konsep "one JPJ" kepada orang awam mahupun warga JPJ sendiri dan objektif utama program SKSJ adalah untukmengubah persepsi masyarakat supaya tidak takut dengan JPJ kerana sebenarnya JPJ bukan hanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan sahaja malah terdapat banyak aktiviti-aktivi lain yang dijalankan oleh JPJ seperti aktiviti pendaftaran kenderaan, perlesenan pemamdu dan kejuruteraan automatif. Program ini hanya dianjurkan di kawasan luar bandar sahaja dan tidak melibatkan mana-mana institut memandu.
Didalam program ini seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan yang berumur 45 tahun ke atas telah berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal (kelas b2)  tanpa perlu menduduki ujian bahagian 1 ( undang-undang jalanraya berkomputer ) sebaliknya hanya menduduki ujian secara lisan. Semua keistimewaan ini diberikan kepada warga emas yang berumur 45 tahun ke atas adalah salah satu usaha dari pihak kerajaan untuk membolehkan mereka memiliki lesen memandu motosikal yang sah dan bayaran yang dikenakan hanya RM150.00 sahaja.
Dalam program SKSJ di Kampung Gong Bayor kali ini, beberapa aktiviti kemasyarakatan telah diatur dengan kerjasama masyarakat setempat diantaranya pada 6 April di sebelah pagi dan petang telah diadakan satu pertandingan futsal diantara kakitangan JPJ dengan masyarakat setempat bagi kaum adam dan pertandingan bola jaring antara peduduk setempat dengan warga JPJ bagi kaum hawa. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan satu persembahan kebudayaan iaitu persembahan dikir barat dan wayang kulit. Pada malam tersebut juga kakitangan JPJ dan penduduk setempat bergotong-royong menyediakan gulai kawah untuk dijadikan hidangan pada majlis penutupan program. Disamping itu, gerai-gerai pameran juga diadakan yang mana melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta antaranya PUSPAKOM, Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan dan banyak lagi. Pihak JPJ juga membuka kaunter khas yang mana menawarkan beberapa perkhidmatan seperti pembaharuan LKM dan lesen memandu, semakan senarai hitam, pembayaran saman, tempahan nombor tender bagi siri TBG dan tawaran nombor popular bagi siri TBF dengan harga serendah RM150.00.
Program tersebut berakhir pada 7 April 2012 dengan majlis perasmian penutup program di sempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Ismail Bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Turut sama hadir didalam majlis penutupan tersebut ialah Tuan abdul Rahman Emang Anyie, Pengarah JPJ Terengganu dan Y.B Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof, ADUN Kota Putera. Didalam majlis penutupan tersebut, Y.Bhg. Dato' Ismail Ahmad telah pun menyampaikan replika Lesen Memandu Pecubaan Motosikal Kelas B2 kepada wakil daripada 500 orang peserta yang mendapat lesen tersebut. 
pertandingan futsal antara JPJ dan masyarakat.

Kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat
Gotong-royong menyiang daging
gulai kawah
kaunter khas JPJ
pemeriksaan kesihatan percuma
antara gerai pameran
ucapan penutup Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia
peserta mendapat replika lesen (lesen besar)





Published By Putera

No comments:

Post a Comment