Páginas

Thursday 24 May 2012

PENGERAT SILATURAHIM....

Kampung Seri Nangka telah mengadakan satu program Sukaneka & Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada anak-anak penduduk kampung yang berjaya didalam peperiksaan. Majlis ini adalah majlis kali ke-3 dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kampung dan penduduk Kampung Seri Nangka. 
Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah tersebut dihadiri dan disempurnakan oleh ADUN Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof. Beliau menyarankan program-program seperti ini diteruskan dan di perbanyakan lagi kerana pada beliau, program seperti ini merupakan satu platform yang baik dan sesuai untuk mengeratkan silaturahim diantara penduduk. Program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Perpaduan Dan Intergriti Nasional Daerah Besut. Pelbagai acara sukaneka seperti kerusi berlagu, baling belon kasih dan lain-lain diaturkan sepanjang program tersebut. Cabutan bertuah juga turut disediakan dengan berbagai hadiah menarik.

Gelagat-gelagat yang sempat dirakam ketika program.

pertandingan mengumpul gula-gula bagi kanak-kanak

YB Pehimi bersama-sama memberi dorongan



acara baling belon kasih





YB Pehimi menyampaikan anugerah kepada pelajar kampung Seri Nangka yang cemerlang


Cabutan Bertuah Utama

Insan paling bertuah pada hari tersebut.

Published By Putera

No comments:

Post a Comment