10,000 lebih mengunjungi rumah terbuka Dun Jerteh yang diadakan semalam di dewan terbuka Pusat Khidmat Dun Jerteh Kampung Gong Kemuntong.
Orang ramai datang seawal jam 8.00 pagi walaupun majlis bermula jam 9.00 pagi.Hari terbuka Dun Jerteh lebih meriah dengan kehadiran Menteri Besar YAB Haji Ahmad Razif Abd Rahman serta isteri dan juga beberapa pemimpin negeri.
Menteri Besar bukan sahaja beramah mesra dengan pengunjung tetapi melayan tetamu untuk 'berselfie' dengan gelagat tetamu yang begitu ceria.
Tetamu yang datang dijamu dengan pelbagai juadah istimewa tempatan seperti nasi minyak, nasi dagang, lemang, roti canai, kambing bakar, laksa, sate dan macam-macam lagi.
Tahun ini Dun Jerteh memperkenalkan tema #Bersyukurlah sebagai seruan kepada semua umat Islam agar mempunyai rasa syukur di atas nikmat khas di hari yang mulia ini.
MJ MediaJerteh
No comments:
Post a Comment