Páginas

Wednesday 20 July 2016

Senarai Portfolio baru EXCO Terengganu bertukar mulai 1 Ogos

20 July 2016 635 0


Portfolio barisan EXCO Kerajaan Negeri Terengganu distruktur semula bagi memantapkan pentadbiran kerajaan berkuat kuasa 1 Ogos 2016.


Walau bagaimanapun, rombakan ini hanya melibatkan 7 EXCO termasuk Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Adun seberang Takir bertukar daripada Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan & Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Kerajaan tempatan, dan Perumahan Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan & Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan Dan kebudayaan Negeri.

Adun Permaisuri Dato’ Mohd Jidin Shafee bertukar kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

YB Nawi Mohammad Adun Hulu Besut daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri.

Adun Pengkalan Berangan YB A Latiff Awang bertukar daripada Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri.

Manakala Adun Bukit Besi YB Roslee Daud bertukar daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri.

YB Ghazali Taib yang juga Adun Ajil bertukar daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri.

Adun Jerteh YB  Dato’ Mohammad Pehimi Yusof bertukar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri.

3 EXCO iaitu YB Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, YB Dato’ Rozi Mamat, dan YB Ir Rosli Othman kekal dengan portfolio yang dipegang sekarang.

Pertukaran portfolio ini merupakan kali pertama sejak Ahmad Razif menjadi Menteri Besar.

-Terengganu Times/MediaJerteh

1 comment: