Páginas

Sunday 10 July 2016

Mangsa Ribut Diberi Bantuan Segera

By Mohd Syazni Zainudin -  6 Julai 2016


Kerajaan negeri segera menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana ribut yang melanda di sebahagian negeri Terengganu malam tadi.


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata walauupun sukar untuk mendapatkan pekerja berikutan sambutan Syawal, namun kerajaan negeri tetap mencuba menyelesaikan masalah tersebut.

“Hampir 100 buah rumah telah rosak akibat angin kencang dan ribut yang melanda di Terengganu terutama di kawasan Teluk Pasu.

“Walaupun sukar untuk mendapatkan pekerja di hari raya pertama, namun ada sebahagian rumah yang telah rosak tersebut mula dibaiki bermula pagi tadi bagi memberi keselasaan kepada mangsa bagi menyambut Aidilfitri,” katany kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Kuala Terengganu, hari ini.

Lebih 20,000 pengunjung telah membanjiri majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi tadi.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment