Páginas

Wednesday 11 January 2017

Mangsa Banjir Terima RM1,000

Noraini Jusoh | Wednesday, January 11, 2017

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli Putra
****
Setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini akan menerima bantuan kerajaan secara ‘one off’ berjumlah RM1,000 bagi membantu meringankan beban mereka akibat bencana itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, daripada jumlah itu RM500 disalurkan oleh kerajaan negeri manakala sebahagian lagi oleh kerajaan Pusat.


Katanya, sumbangan itu akan disalurkan dalam masa terdekat sebaik sahaja pihaknya menerima senarai lengkap mereka yang benar-benar terjejas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sekarang ini kita sedang mengenalpasti mangsa-mangsa banjir yang sebenarnya dan masih menunggu senarai nama dari JKM.

“Bila semuanya sudah lengkap kita segerakan bantuan kewangan yang akan diberi oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kepada satu keluarga setiap rumah yang terlibat bencana banjir.

“Komitmen kerajaan negeri akan beri seperti biasa iaitu sebanyak RM500 manakala RM500 lagi pemberian kerajaan Pusat menerusi JKM,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, semalam.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment