Páginas

Sunday 1 January 2017

Sesi Persekolahan 22 Sekolah Hulu Terengganu Terjejas

Mastura Jamaldin | Saturday, December 31, 2016
 

Sebanyak 22 buah sekolah di Daerah Hulu Terengganu kemungkinan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan yang bermula esok, berikutan sekolah ditenggelami air dan terputus hubungan.


Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail berkata, jika cuaca kembali pulih dan air surut pada malam ini, persekolahan akan diteruskan seperti biasa.

Katanya, setakat jam tiga petang ini, terdapat enam sekolah yang ditelenggami air, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman.

"Manakala 18 buah sekolah terputus hubungan akibat jalan dinaiki air menyebabkan tidak dapat memulakan sesi persekolahan sekiranya air masih lagi tidak surut malam ini," katanya ketika dihubungi Teganukita.

Beliau berkata,  jika keadaan tidak berubah maka sesi persekolahan untuk sekolah yang terlibat terpaksa ditutup sementara waktu dan dibuka semula sekiranya keadaan pulih.


Katanya, berdasarkan senario semasa, sekolah yang mungkin terjejas dan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan adalah SK Tengkawang, SK Kuala Ping,SK Teris,SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu,SK Matang, SK Sungai Buloh, SK Sungai Berua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Nibong, SK Kua, SK Felda Mengkawang, SK Betong, SK Pereh ,SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Menerong, SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment