Páginas

Tuesday, 12 December 2017

Bajet 2018 : Bajet Berasas Kehendak Rakyat

Mohd Syazni Zainudin | Monday, December 11, 2017

Menteri Besar menunjukkan buku Bajet Terengganu 2018 sebelum membentangkan bajet itu di Persidangan DUN Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
*****

Bajet 2018 dengan tema ‘Masa Hadapan Yang Lestari’ yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman adalah berasas kepada keinginan rakyat.


Ahmad Razif berkata, intipati dan fokus bajet berkenaan berasaskan kepada bengkel yang sudah dilaksanakan bersama dengan wakil-wakil kepimpinan melibatkan semua pihak termasuk akar umbi.

Katanya, melalui bengkel tersebut kerajaan negeri dapat menganalisis tiga perkara atau isu 3P yang menjadi tuntutan ataupun keperluan penting kepada rakyat.

“Pertama sekali masalah menangani (Peningkatan) kos sara hidup. Yang kedua adalah masalah peluang `Pekerjaan' dan yang ketiga adalah masalah dari segi `Perumahan'.

“Jadi kerana itu, bajet 2018 ini ikita hasilkan bagi mengatasi isu-isu tersebut dan ditambah dengan ‘touch point’ yang berkaitan dengan pendidikan, sukan, pertanian dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.


Ahmad Razif menjelaskan, walaupun bajet yang dibentangkan pada kali ini mempunyai defisit sebanyak 10 peratus namun beliau yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan semua projek.

“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum ini bajet Terengganu adalah RM2.4 bilion ke atas namun namun kerana masalah dari segi pendapatan yang diterima dari hasil petroleum ini menurun jadi kita cuba merancang perbelanjaan sedaya upaya yang mungkin sekarang.

“Sepatutnya defisit kita lebih tinggi kerana kalau kita hendak meneruskan dengan bajet kita yang dulu dibandingkan yang dibuat sekarang sebanyak RM1.996 bilion dan dengan anggaran hasil kita RM1.815 bilion maka sebab itu kita hadapi 10 peratus defisit,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment