Páginas

Saturday 16 December 2017

Bajet 2018 : Bajet Negeri Terbaik Dalam Sejarah

Mohd Syazni Zainudin | Thursday, December 14, 2017

 Ahmad Razif selepas menamatkan sesi terakhir bagi pembentangan Sidang DUN kali ke-13 di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Bajet Terengganu 2018 adalah bajet terbaik yang dibentangkan Kerajaan Barisan Nasional dalam sejarah negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan sepanjang tahun depan itu menonjolkan kelainan apabila berasaskan 60 titik sentuhan bagi membantu semua golongan sasar.


"Kita buat satu kelainan kerana berasas kepada 60 'touch point' yang betul-betul tuju kepada sasaran iaitu terutama kepada B40 dan M40 .

Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860, manakala M40 (pertengahan) adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319.

"Itu menjadi sasaran utama kerana kita yakin mereka ini adalah merupakan penjana yang boleh menggerakkan domestik ekonomi untuk Negeri Terengganu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas tamat sesi pengulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad Razif berkata, walaupun pembangkang menyifatkan bajet tersebut merupakan bajet untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 namun itu terpulang kepada mereka.

"Tiap-tiap tahun memang kita bentang bajet pilihan raya. Bukan tahun ini saja malah tahun sebelum ini memang kita bentang bajet (pilihan raya) kerana yang pertama ialah kita nak menunaikan janji kepada rakyat kerana ini kita buat semasa pilihan raya.

"Ini membuktikan Barisan Nasional adalah kerajaan yang membantu rakyat. Kita sudah  janji tunaikan janji. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang menepati janji," katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment