Páginas

Saturday 20 January 2018

MyBAS Elektrik Bakal Beroperasi Di Kuala Terengganu

 Suriati Ali  Thursday, January 18, 2018

Ahmad Razif memotong riben tanda simbolik melancarkan perkhidmatan MyBAS. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
*****
Kuala Terengganu menjadi bandar pertama di negara ini yang akan menawarkan perkhidmatan bas henti-henti mengunapakai tenaga elektrik kepada orang ramai termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman bermula April ini.


Perkhidmatan bas elektrik berkenaan antara 11 bas henti-henti atau dikenali MyBAS yang akan beroperasi di tujuh laluan utama meliputi sejauh 235.9 kilometer membabitkan kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu.

Buat permulaan, empat myBAS akan beroperasi di laluan terpilih sebelum ditambah menjadi 11 MyBAS dan seterusnya kepada 30 buah MyBAS sehingga menjelang akhir tahun ini.


Empat MyBAS itu akan melalui Kuala Terengganu (Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) menghala ke Gong Badak-Lapangan Terbang Sultan Mahmud-Jeti Merang bagi MyBAS berkod T102.

MyBAS T203 pula akan melalui Kuala Terengganu-Chendering- Marang, MyBAS T202 (Kuala Terengganu-Pasir Panjang-Kampung Laut-Bukit Payung); MyBAS T201 (Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang).

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata perkhidmatan MyBas yang akan beroperasi April ini mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di tujuh laluan utama di beberapa daerah di negeri ini apabila penduduk memilih perkhidmatan awam itu.

Beliau juga menyokong perkhidmatan disediakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memperkenalkan bas elektrik itu dengan memilih Kuala Terengganu sebagai bandar pertama menyediakan kemudahan itu.

“Langkah itu pastinya boleh mengelak daripada pencemaran alam kerana tiada pelepasan asap dan  bebas pencemaran bunyi berikutan beroperasi secara senyap.

“Tambang yang bakal dikenakan sangat berpatutanm, selain menawarkan pelbagai kelebihan pelajar sekolah, warga emas dan Orang Kelainan Upaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani (Mou) Kontrak Pengendalian Perkhidmatan dan Prapelancaran myBAS  di antara SPAD dan Mara Liner Sdn. Bhd di Hotel Primula, Kuala Terengganu hari ini.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment