Páginas

Sunday 18 March 2018

Tubuh PMTI Lancar Pembangunan Taman Ilmu

Mohammad Ishak by Mohammad Ishak  on Thursday, March 15, 2018 

 Ahmad Razif menyerahkan replika kunci tanda simbolik merasmikan Universiti P Ramlee
*****
Kerajaan negeri akan menubuhkan Perbadanan Memajukan Taman Ilmu (PMTI) bagi melancarkan proses pembangunan Taman Ilmu, di Tembila, Besut  sebagai pusat pendidikan terkemuka negara.


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perbadanan yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu  bertanggungjawab secara keseluruhan untuk pembangunan pendidikan yang menempatkan pelbagai institusi pendidikan tinggi.

Katanya, Taman Ilmu akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat membabitkan usaha sama kerajaan negeri dan institusi lain termasuk universiti tempatan.

"Pelbagai pihak berminat untuk menubuhkan universiti di Taman Ilmu dan kerajaan bersedia menimbangkan permohonan pihak terbabit untuk menempatkan kampus masing-masing di taman berkenaan.

“Penubuhan perbadanan itu diharap dapat memancu pertumbuhan pembangunan dan meningkatkan pendidikan negeri ini,” katanya selepas merasmikan penubuhan Universiti P Ramlee, di Taman Ilmu, Besut,  hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,Dato' Rasdan Abdullah dan Rektor Aswara, Dato' Dr Mohd Rizon Juhari.

Penubuhan Universiti P Ramlee itu  sebahagian usaha kerajaan untuk membangunkan semula Taman Ilmu yang dibina pada 2004 dan terbengkalai sejak beberapa lama.

Universiti P Ramlee pada awalnya dikenali Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) kini dinaik taraf universiti sebelum ini mempunyai kampus tetap di Kuala Lumpur.

Taman Ilmu yang dibangunkan di bawah projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilaksanakan sejak 2004 di kawasan seluas 280 hektar membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Ahmad Razif berkata, matlamat asal penubuhan taman ilmu ialah untuk menempatkan sembilan universiti dan usaha itu diharap akan menjadi kenyataan apabila ia dijadikan sebuah perbadanan.

"Ketika ini sebuah masid yang mampu lebih 8,000 jemaah sudah digunakan sepenuhnya sejak tiga tahun lalu.

"Manakala kemudahan lain termasuk dewan, perpustakaan, kompleks sukan mengalami kerrosakkan dan akan diperbaiki semula membabitkan peruntukan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kerajaan Terengganu.

Kumpulan pertama 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil mengikuti sembilan kursus kesenian yang ditawarkan oleh universiti dan mereka dijangka memasuki universiti itu padaa September ini.

MEDIAJERTIH

No comments:

Post a Comment