Páginas

Showing posts with label ahli parlimen besut. Show all posts
Showing posts with label ahli parlimen besut. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

KERANA MEREKA KITA MERASA NIKMAT KEAMANAN..

 Pejuang semasa zaman darurat adalah orang yang banyak berjasa kerana pengorbanan mereka, kita generasi kini dapat mengecapi nikmat kehidupan yang aman pada masa kini. Baru-baru ini, saya bersama rombongan yang turut di sertai oleh wakil dari Ahli Parlimen Besut sempat meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan dari kerajaan kepada bekas-bekas tentera dan polis yang pernah berkhidmat semasa darurat. Sungguh pun sumbangan yang diberikan tidak setimpal jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka, sumbangan ini merupakan satu penghargaan kepada jasa mereka dan kerajaan dan rakyat tidak pernah lupa akan jasa mereka. Saya mewakili rakyat Malaysia dan seluruh penduduk Kota Putera khususnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas-bekas pejuang ini.
Encik Abd Ghafar Bin Mohamad
Encik Abd Ghafar dan Isteri.

Balu kepada Allahyarham Osman Bin Muda

Encik Ismail Bin Jusoh





Saturday, 19 May 2012

TERIMA KASIH.........

Baru-baru ini satu Majlis Penghargaan bagi pelajar-pelajar cemerlang PMR dan SPM untuk pelajar di kawasan DUN Kota Putera telah diadakan. Majlis tersebut dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Dato'  Seri Dr Abdullah Md. Zin, Ahli Parlimen Besut. Di dalam majlis tersebut para pelajar cemerlang dihadiahkan basikal sebagai tanda penghargaan di atas kecemerlangan mereka. Basikal yang dihadiahkan adalah sumbangan dari YB Dato' Dr Abdullah Mohd Zin..
Para pelajar yang menerima berasa amat gembira kerana itu merupakan tanda penghargaan daripada seorang pemimpin kepada rakyat.
Saya mewakili warga Kota Putera merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri diatas sumbangan tersebut.