Páginas

Showing posts with label besut. Show all posts
Showing posts with label besut. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Selamat Berjaya Buat Semua Calon UPSR 2012...

Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Berjaya buat semua calon-calon UPSR 2012 seluruh Malaysia dan adik-adik DUN Kota Putera khususnya.. 
Baru-baru ini satu program Pemuafakatan Kecemerlangan UPSR 2012 daerah Besut telah diadakan di Dewan Maktab Perguruan Sultan Mizan, program tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Yusof , ADUN Kota Putera. Di dalam ucapan perasmian beliau, beliau mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua calon-calon dan mendoakan mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya mengekalkan rekod yang di pegang oleh daerah Besut, dimana daerah Besut mencatatkan keputusan UPSR terbaik di Negeri Terengganu dan membantu negeri Terengganu menjadi Johan Malaysia bagi keputusan UPSR terbaik...

Selamat Maju Jaya buat semua Calon-calon USPR 2012..

wajah-wajah bakal pelapis kepimpinan negara

Ibu bapa turut hadir sebagai sokongan moral kepada anak-anak.

Wajah seorang ibu yang ingin melihat kejayaan anaknya.

Ibu bapa menjadi saksi Ikrar anak-anak..



Published with Putera

Friday, 20 July 2012

AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG...

Sempena kita akan menyambut kemerdekaan tidak lama lagi, kempen kibar jalur gemilang peringkat negeri Terenganu dan Negara telah pun di lancarkan.. Kempen kibar jalur gemilang ini dalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan yang akan tiba nanti..Oleh itu, ayuh lah kita sama-sama kibarkan jalur gemilang kebanggaan kita ini.
Pada hari selasa yang lepas, YB Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera telah merasmikan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sekolah-sekolah Peringkat Daerah Besut..

YB Pehimi memeriksa perbarisan kor kadet polis.

wajah anak merdeka

semangat kemerdekaan anak muda

ayuh kibarkan jalur gemilang.

Wednesday, 23 May 2012

JASA KALIAN DALAM KENANGAN..


Satu majlis bagi meraikan guru-guru yang bersara di daerah Besut telah di adakan bertempat di Primula Pointry. Majlis ini merupakan satu inisiatif bagi mengenang dan menghargai jasa pendidik yang telah bayak berjaya. Majlis ini di sempurnakan oleh ADUN Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof. Didalam ucapan YB Haji Pehimi, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjaya dan berharap mereka akan terus menyokong dan membantu para pelajar dan sekolah walaupun mereka tidak berada didalam perkhidmatan.



Published By Putera