Páginas

Showing posts with label penduduk kota putera. Show all posts
Showing posts with label penduduk kota putera. Show all posts

Monday, 10 September 2012

Merdeka-Raya di Dun Kota Putera.....

Tahun ini merupakan satu tahun yang agak istimewa di mana Syawal dan hari Kemerdekaan Negera kita disambut pada bulan yang sama..Justeru itu, ramai pihak mengambil inasiatif menyambut kedua-dua sambutan yang bermakna ini secara serentak.. Mereka menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan juga pada masa yang sama melancarkan majlis sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan di atas keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hasil dari kemerdekaan negara ini, disamping turut meraikan kemeriahan Aidilfitri yang masih hangat dirasai..
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof sempat meluangkan masa turun padang menyertai dan memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh beberapa pihak JKKK, NGO dan badan-badan kerajaan..

merdeka-raya JKKK Kg Kubang Ikan.

Semangat merdeka dan kemeriahan raya terpancar di raut wajah kanak-kanak
Majlis Aidilfitri Kampung Beting Lintang.

Perarakan membawa Jalur Gemilang di Kg Beting Lintang

Sambutan Aidilfitri di Kg Gong Kepas Dalam


YB Pehimi melawat dan bertanyakan khabar "orang dapur"..
Basikal berhias sempena sambutan Aidilfitri dan ambang merdeka anjuran KRT Seri Nangka.

Published with Putera.

Saturday, 28 July 2012

Majlis Berbuka Puasa Dun Kota Putera


Berbuka puasa beramai-ramai satu perkara yang sangat menyeronokkan dan baik. Baru-baru ini satu majlis berbuka puasa peringkat Dun Kota Putera telah diadakan bertempat di Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera. Majlis tersebut mendapat sambutan yang mengalakan daripada semua lapisan masyarakat penduduk di sekitar DUN Kota Putera. Majlis berbuka puasa ini merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera. YB Haji Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera dan keluarga turut sama hadir dan berbuka puasa bersama-sama. Didalam majlis tersebut, YB Pehimi juga turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Beliau berharap sumbangan kecil itu dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
gulai kawah menu utama

YB Pehimi sempat beramah mesra dengan hadirin.

Add caption

YB Pehimi menyampaikan sedikit sumbangan kepada yang kurang bernasib baik.

Published By Putera

Wednesday, 23 May 2012

Santai Petang Bersama Penduduk Persiaran Limbongan..

Baru-baru ini saya sempat sempat meluangkan masa untuk menghadiri undangan daripada seorang wakil penduduk Persiaran Limbongan untuk menyertai mereka dalam satu majlis santai dan minum petang yang mereka anjurkan....