Wednesday, 23 May 2012
Santai Petang Bersama Penduduk Persiaran Limbongan..
Baru-baru ini saya sempat sempat meluangkan masa untuk menghadiri undangan daripada seorang wakil penduduk Persiaran Limbongan untuk menyertai mereka dalam satu majlis santai dan minum petang yang mereka anjurkan....
Saturday, 19 May 2012
TERIMA KASIH.........
Baru-baru ini satu Majlis
Penghargaan bagi pelajar-pelajar cemerlang PMR dan SPM untuk pelajar di kawasan
DUN Kota Putera telah diadakan. Majlis tersebut dirasmikan dan disempurnakan
oleh YB Dato' Seri Dr Abdullah Md. Zin, Ahli Parlimen Besut. Di dalam majlis
tersebut para pelajar cemerlang dihadiahkan basikal sebagai tanda
penghargaan di atas kecemerlangan mereka. Basikal yang dihadiahkan adalah
sumbangan dari YB Dato' Dr Abdullah Mohd Zin..
Para pelajar yang menerima berasa amat gembira kerana itu merupakan tanda penghargaan daripada seorang pemimpin kepada rakyat.
Saya mewakili warga Kota Putera merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri diatas sumbangan tersebut.
Para pelajar yang menerima berasa amat gembira kerana itu merupakan tanda penghargaan daripada seorang pemimpin kepada rakyat.
Saya mewakili warga Kota Putera merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri diatas sumbangan tersebut.
Monday, 14 May 2012
KEMBARA JALUR LEBAR
Program
Kembara Jalur Lebar bagi DUN Kota Putera telah selamat di rasmikan oleh ADUN
Kota Putera, YB Haji Muhamad Pehimi petang tadi di Pusat Komuniti Jalur Lebar
Kampung Raja. Program Kembara Jalur Lebar ini bermula dari pagi lagi dimana
pelbagai acara telah diaturkan kepada pengunjung.. Antara aktiviti dan acara
yang di adakan adalah seperti sukaneka, permainan bola meja serta cabutan
bertuah. Sepanjang program tersebut juga, pihak pusat komuniti jalur lebar juga
membuka kaunter untuk pendaftaran menjadi ahli..
| permainan bola meja |
| wajah girang |
| YB Pehimi mencuba permainan baling bola dalam mulut harimau |
| Penyampaian hadiah kepada pemenang |
HIMPUNAN SETIA RELA BESUT BERSAMA PEMIMPIN
12 MEI yang lalu satu himpunan
anggota RELA Daerah Besut Bersama Pemimpin telah diadakan di Dewan Gong
Kemuntung, Jerteh. Antara pemimpin Besut yang hadir di program tersebut ialah
Y.B Dato Seri Idris Jusoh, Ketua UMNO Daerah Besut yang juga ADUN Jerteh, Ahli
Parlimen Besut, Y.B Dato Seri Abdullah Muhammad Zin serta ADUN Kota Putera, Y.B
Haji Muhammad Pehimi Yusof.
Himpunan Setia RELA ini juga
turut di hadiri Ketua Pengarah RELA Malaysia dan Barisan Kepimpinan RELA
Terengganu dan juga wakil dari RELA Kelantan.
| Ucapan Perasmian |
| Walau bertongkat ( semangat veteren ) |
| 1 Malaysia |
| KP RELA mempersembahkan bakat beliau berdikir |
Thursday, 10 May 2012
Kesinambungan Kebudayaan Tradisi Dikekalkan
Wayang Kulit merupakan satu seni budaya melayu yang kian kurang mendapat perhatian dari golongan masyarakat terutama golongan muda. Ini kerana pendedahan mengenai wayang kulit ini kurang pada masa kini, bagi meneruskan kesinambungan seni budaya tradisi ini, satu program telah di anjurkan bagi mendedahkan dan mempersembahkan seni budaya wayang kulit kepada masyarakat. Program ini berlangsung di Kampung Beting Lintang, Besut.
| Cikgu Sopi and The Gang. |
| Sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat |
| Bakal penyambung warisan seni wayang kulit |
| Kemesraan terjalin |
Published By Putera
Wednesday, 9 May 2012
Pelajar Terus Dibekalkan Dengan Kemudahan Pembelajaran..
Pelajar-pelajar sekolah di Terengganu terus dibekalkan dengan kemudahan pembelajaran yang moden dalam usaha kerajaan bagi memastikan suasana dan iklim pembelajaran dapat di tingkatan dan seterusnya merangsang kecemerlangan para pelajar selari dengan kemodenan sekarang. Baru-baru ini pelajar-pelajar di daerah Besut menerima sumbang E-book. Majlis penyerahan dan penyampaian tersebut disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang mendapat sumbangan e-book tersebut.
| senyuman kegembiraan pelajar |
Publish By Putera
Tuesday, 8 May 2012
Kebajikan Rakyat Terus Diutamakan
Kerajaan terus menyalurkan bantuan dalam usaha menjaga kebajikan rakyat, baru-baru ini kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, telah mengadakan satu majlis Penyampaian Bantuan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bertempat di Dewan Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1200 orang. Majlis tersebut disempurnakan oleh ADUN Kota Putera, YB Muhammad Pehimi Yusof.
| Adik ini menerima bantuan kerusi roda elektrik |
| ditemuramah oleh wakil RTM |
| YB Pehimi bertegur sapa dan bertanya khabar |
Published By Putera
Subscribe to:
Posts (Atom)