Páginas

Wednesday, 1 March 2017

Anak Penoreh Getah Muncul Pelajar Terbaik STPM Negara

Mohammad Ishak | Tuesday, February 28, 2017


Kejayaan anak penoreh getah dari Kampung Bukit Payong ,Hulu Besut, yang tersenarai antara pelajar terbaik negara membuktikan sistem pendidikan malaysia tidak pernah membezakan taraf kehidupan keluarga.

Siti Zubaidah Ismail (gambar), dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk bersaing dengan pelajar lain yang hidup serba mewah.

Penjawat Awam Sebagai Agen Pelaksana

Mohd Syazni Zainudin  | Tuesday, February 28, 2017


Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi dengan mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang dan peraturan perkhidmatan dan pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  penjawat awam seharusnya memainkan peranan sebagai agen pelaksana untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan rakyat tidak hilang.

Sunday, 26 February 2017

Menyambut Ketibaan Raja Arab Saudi


KUALA LUMPUR, 26 Feb — Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi tabik hormat pada sambutan rasmi lawatan negara empat hari ke Malaysia di Dataran parlimen hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V turut berangkat menyambut ketibaan Raja Arab Saudi itu. Turut kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan).

–fotoBERNAMA.

Mengiringi Raja Arab Saudi


SEPANG, 26 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiringi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud setibanya di Kompleks Bunga Raya hari ini.Raja Salman tiba di Malaysia bagi mengadakan lawatan negara selama empat hari bermula hari ini. 

–fotoBERNAMA.

Selamat Tiba Di Kompleks Bunga Raya


SEPANG, 26 Feb — Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.?Raja Salman tiba di Malaysia bagi mengadakan lawatan negara selama empat hari bermula hari ini.

–fotoBERNAMA.

MB Hadiri Kenduri Sambut Menantu Ahmad Said

Aminudin Ismail  Saturday, February 25, 2017


Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke Majlis Sambut Menantu Bekas Menteri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said di kediamannya di Kijal, Kemaman, tengahari tadi.