Teganukita/MJ
Sunday, 26 February 2017
MB Hadiri Kenduri Sambut Menantu Ahmad Said
Aminudin Ismail Saturday, February 25, 2017
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke Majlis Sambut Menantu Bekas Menteri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said di kediamannya di Kijal, Kemaman, tengahari tadi.
Menteri Besar hadir kira-kira jam 1 petang untuk meraikan majlis perkahwinan anak ketiga Ahmad Said, Mohd Asyraf Farhan Ahmad dengan pasangannya, Athirah Abu Zahrin.
Kelihatan juga di majlis itu ialah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa exco kerajaan negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Teganukita/MJ
Teganukita/MJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment