Páginas

Wednesday 1 March 2017

Penjawat Awam Sebagai Agen Pelaksana

Mohd Syazni Zainudin  | Tuesday, February 28, 2017


Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi dengan mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang dan peraturan perkhidmatan dan pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  penjawat awam seharusnya memainkan peranan sebagai agen pelaksana untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan rakyat tidak hilang.


Katanya, selaku penjawat awam, mereka juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

"Penjawat awam yang bebas daripada sebarang salah laku mencerminkan pentadbiran sesebuah organisasi yang baik dan mencapai aspirasi kerajaan.

"Usaha kerajaan negeri adalah bagi membentuk masyarakat yang berintegriti dan boleh memberikan imej yang baik kepada kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Menandatangai Ikrar Bebas Rasuah Dan Pelancaran Buku Kod Etika Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu di UiTM Dungun, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Dalam ucapan tersebut, Ahmad Razif turut berharap agar pembudayaan integriti di kalangan penjawat awam akan berterusan dengan perancangan rapi serta komitmen yang padu daripada semua pihak.

Beliau juga mahu supaya lebih banyak lagi jabatan dan agensi pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi mencapai ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment