Páginas

Tuesday, 17 October 2017

Himpunan Kleptokrasi Gagal, Kesian Dan Memalukan….

Monday, 16 October 2017

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis melahirkan rasa kasihan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ternyata dimalukan apabila himpunan anti-kleptokrasi bertema ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan pada Sabtu lalu gagal mendapat sambutan.

Katanya, sekali lagi Pas telah membuktikan bahawa himpunan Pakatan Harapan gagal tanpa sokongan dari mereka.

Saturday, 14 October 2017

Pertubuhan Berdaftar Diingatkan Agar Tidak Langgar Akta Pertubuhan 1966

Noraini Jusoh | Friday, October 13, 2017

 Ahmad Zahid ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diingatkan agar tidak melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pertubuhan yang berdaftar perlu sentiasa menyerah serta menghantar penyata tahunan dan penyata kewangan pertubuhan bagi mengelakkan pertubuhan yang telah didaftar tidak terbatal.

Perlu Lebih Tegas Kekang Pencerobohan Perairan Negara - Zahid

Aida Abd Rahman | Saturday, October 14, 2017

Zahid melancarkan GNN 2017, di Kuala Kertih, Kemaman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Agensi penguatkuasaan diarah lebih serius bagi mengekang masalah pencerobohan nelayan asing di perairan negara yang mengakibatkan kerugian hasil laut sehingga RM6 bilion setahun, kata Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kembali Kepada Agama Untuk Pembangunan Seimbang Dunia Dan Akhirat- Ahmad Zahid

Suriati Ali | Saturday, October 14, 2017

  
Ahmad Zahid mengacau bubur asyura Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini. Foto Zulkifli Putra 
*****
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  meminta rakyat negara ini kembali kepada pegangan agama dan kepercayaan masing-masing supaya masalah dan gejala sosial di negara ini dapat dibendung secara berperingkat-peringkat.

Thursday, 12 October 2017

Pesona Tasik Kenyir

Mastura Jamaldin | Wednesday, October 11, 2017

Dato' Muda (lima dari kanan) bersama sebahagian peserta lawatan kerja ke Tasik Kenyir, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil inisiatif menganjurkan lawatan kerja dua hari satu malam di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi melahirkan solidariti di kalangan pengamal media dan memperkasakan bidang komunikasi.

Tuesday, 10 October 2017

20,243 Calon Duduki PT3 Di Terengganu

Noraini Jusoh | Tuesday, October 10, 2017


Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula semalam berjalan lancar melibatkan 20,243 calon menduduki peperiksaan terbabit di 155 pusat di seluruh negeri ini dan akan berakhir pada 12 Oktober.

Masjid Tumpuan Pelancong Dipantau Elak Anasir Buruk

Suriati Ali | Monday, October 09, 2017

Mas Ermieyati pada Majlis Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tg Syamim Tg Ismail
*****
Masjid yang disenarai sebagai masjid tumpuan pelancong di negara ini akan sentiasa dipantau dalam usaha meningkatkan keselamatan dan mengelak rumah ibadat menjadi sasaran pelbagai anasir yang tidak baik.