Páginas

Tuesday, 17 October 2017

Himpunan Kleptokrasi Gagal, Kesian Dan Memalukan….

Monday, 16 October 2017

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis melahirkan rasa kasihan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ternyata dimalukan apabila himpunan anti-kleptokrasi bertema ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan pada Sabtu lalu gagal mendapat sambutan.

Katanya, sekali lagi Pas telah membuktikan bahawa himpunan Pakatan Harapan gagal tanpa sokongan dari mereka.


“Memang kasihan, ‘Perhimpunan Sayangi Malaysia Anti kleptokrasi’ gagal mencapai matlamat. Bersih 5 juga gagal apabila Pas memulaukannya. Nampak sangat Tun M bukan crowd puller.

“Kasihan Mat Sabu (Mohamad Sabu). Sebagai perancang utama perhimpunan, Mat Sabu macam orang pekak apabila ditanya media kenapa orang tak ramai. Azmin Ali (Datuk Seri) datang waktu petang tetapi tidak berucap. Malam langsung tidak nampak muka walaupun Selangor adalah tuan rumah,” katanya yang memberikan ulasan menerusi facebook beliau.

Jelas beliau, akibatnya ucapan Tun M menjadi anti klimaks, hambar dan tidak bersemangat malah di penghujung ucapannya, orang ramai mula meninggalkan majlis.

“Tahu kenapa? Ucapan semua pemidato termasuk Tun M dan Muhyiddin (Tan Sri) adalah sama. Isu basi dan diulang tayang. 1MDB, GST, 2.6 bilion dan tangkap MO1. Termasuk ucapan gila oleh Lim Guan Eng yang bercakap macam orang gila.

“Semua yang berpidato itu tidak sebersih mana. Tuduh Datuk Seri Najib malukan Malaysia, Sebaliknya mereka yang malukan Malaysia. Namanya ‘Sayangi Malaysia’, tetapi biadap kerana ‘Jalur Gemilang’ dijadikan alas tempat duduk,” bidas beliau lagi.

Sebelum ini, pakatan pembangkang dikatakan meletakkan target seramai 100,000 penyokong Pakatan Harapan akan membanjiri Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya yang menjadi lokasi perhimpunan namun, dikatakan kehadiran amat mengecewakan malah tidak sampai 5,000 orang.

– MediaUMNO

No comments:

Post a Comment