Páginas

Tuesday, 10 October 2017

20,243 Calon Duduki PT3 Di Terengganu

Noraini Jusoh | Tuesday, October 10, 2017


Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula semalam berjalan lancar melibatkan 20,243 calon menduduki peperiksaan terbabit di 155 pusat di seluruh negeri ini dan akan berakhir pada 12 Oktober.


Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan calon teramai iaitu 3,966 orang, diikuti Kemaman (3,147), Besut (3,120), Dungun (2,746), Kuala Nerus (2,512), Marang (1,930), Hulu Terengganu (1,466) dan Setiu (1,356).

Katanya, daripada jumlah itu seramai 67 calon merupakan kalangan calon berkeperluan khas (CBK).

Ujian itu bermula jam 8 pagi semalam dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains (hari ini).

Pada Rabu ini, calon bakal menduduki antaranya kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan (Khamis) melibatkan kertas peperiksaan bahasa.

PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment