Páginas

Wednesday, 31 May 2017

162 Menerima Bantuan Ke IPT Dalam DUN Jerteh

Jerteh, 29 Mei 2017 | Oleh Wan Aziz Wan Idris

Dato' Pehimi menyampaikan bantuan Yayasan Terengganu kepada salah seorang penerima diperhatikan oleh Mohamad Kasim
*****
Dato' Muhammad Pehimi Yusof - selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh menasihat mahasiswa/mahasiswi yang berpeluang melanjutkan pengajian, menggunakan peluang yang diperolehi dengan sebaiknya.

Zakat Fitrah 2017 Ditetapkan Tidak Kurang RM7 Di Terengganu

Noraini Jusoh | Tuesday, May 23, 2017


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang.

Serikandi Agih 1,000 Pek Makanan Berbuka Puasa Kepada Penjaga Pesakit Di HSNZ

 Noraini Jusoh | Wednesday, May 31, 2017


Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sasar 300 Ahli UMNO Baru Dalam Tempoh Seminggu

Suriati Ali | Thursday, May 18, 2017

Ahmad Razif selepas Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
*****
Lapan Bahagian UMNO di Terengganu  diminta  terus memberi fokus kepada usaha menambah jumlah ahli bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Monday, 29 May 2017

RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu

Aminudin Ismail | Tuesday, May 23, 2017


Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu.

Rakyat Digesa Elak Pembaziran - TPM

Suriati Ali | Sunday, May 28, 2017


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai terutama umat Islam agar jangan melakukan pembaziran makanan terutama sepanjang Ramadan kerana amalan itu bertentangan ajaran Islam.

Sunday, 28 May 2017

Terengganu Negeri Pertama Anjur Program Penerapan Nilai Murni Bersama TPM

Suriati Ali | Sunday, May 28, 2017
  
Terengganu menjadi negeri pertama penganjuran Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan diadakan di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan ini.

Program dihadiri lebih 2,000 tetamu itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus, petang tadi.