Yang Dipertua Serikandi, Toh Puan Seri Halina Zakaria berkata, program yang julung kali diadakan oleh Serikandi itu bukan sahaja sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat tetapi bertujuan meringankan beban penjaga kerana terpaksa menunggu pesakit yang menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa.
“Kami berasa terpanggil untuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa kepada mereka ini sebagai antara aktiviti kebajikan Serikandi dan berharap ianya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini,” ujarnya.
Halina berkata, sebanyak 500 pek makanan diagihkan untuk penjaga pesakit di bangunan utama dan bakinya diagihkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ.
“Ini merupakan program kami yang pertama. InsyaAllah, kami akan jadikan program ini sebagai program tahunan kerana berasa bertanggungjawab kepada masyarakat khasnya pesakit dan penjaga pesakit di hospital,” ujarnya.
Teganukita/MJ
No comments:
Post a Comment