Páginas

Monday, 29 May 2017

Rakyat Digesa Elak Pembaziran - TPM

Suriati Ali | Sunday, May 28, 2017


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai terutama umat Islam agar jangan melakukan pembaziran makanan terutama sepanjang Ramadan kerana amalan itu bertentangan ajaran Islam.


Katanya, negara telah digemparkan dengan fakta yang menunjukkan rakyat Malaysia membazir 17,800 tan makanan sehari berdasarkan Statistik Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

"Angka ini cukup menggerunkanb apabila tiba Ramadan setiap tahun rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

"Analisis itu juga mencatatkan jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, hampir enam kali ganda melebihi populasi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Periingkat Negeri Terengganu dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek,  Tok Jembal, Kuala Nerus, petang ini

Sementara itu Ahmad  Zahid turut memberitahu, kerajaan telah mengarahkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk di sempadan negara dan lorong-lorong tikus terus diperketatkan lagi  untuk memastikan negara selamat daripada ancaman keganasan.

"Semua agensi penguatkuas kawalan sempadan selain kerjasama polis marin akan terus memantau semua pintu-pintu masuk persempadanan negara demi keselamatan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri juga akan memastikan negara dan rakyat sentiasa selamat daripada sebarang ancaman apatah lagi kalangan pengganas merupakan rakyat negara ini sendiri.

"Pihak keselamatan khususnya polis sudah mengenal pasti senarai semua individu yang disyakki terbabit dalam kegiatan militan Daesh.

"Polis telah melakukan beberapa penagkapan ke atas mereka terbabit yang termasuk dalam senarai orrang yang disyaki.

"Pihak berkuasa tidak akan berhenti di situ saja dan kita akan teruskan pemburuan agar semua yang ada dalam senarai itu takkan telepas," katanya.

Teganukita/MJ

No comments:

Post a Comment