Hyrax Oil buka loji pengadunan di Mozambique
27 April 2013
PENGELUAR minyak pelincir, Hyrax Oil Sdn Bhd akan membina loji pengadunan pertama di luar negara dengan jumlah pelaburan purata AS$10 juta (RM30.4 juta) menerusi kerjasama bersama syarikat minyak Petroleos De Mocambique S.A (Petromoc), dari Mozambique.
Pengarah Urusannya, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, selain loji pengadunan yang terletak di tanah berkeluasan dua hektar itu, tempat penyimpanan di Pelabuhan Matola juga akan dibina dan kedua-dua kemudahan dijangka siap serta beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
"Loji pengadunan itu kelak mampu menghasil dan memasarkan rangkaian produk minyak pelincir termasuk automotif, industri, marin dan pelincir khas.
"Malah, ia juga dijangka mampu mengeluarkan lebih dua juta liter produk siap sebulan dengan keupayaan untuk terus meningkat pada masa akan datang," katanya selepas menandatangani memorandum persefaha-man di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, menerusi kerjasama itu, syarikat baru Petromoc-Hyrax Oli Internati-onal Ltd akan didaftarkan di Mozambique.
Katanya, syarikat juga akan menguasai 14 pasaran di bawah Komuniti Pembangunan Selatan Afrika (SADC) yang meliputi Angola, Botswanam Republik Demokratik Kongo, Lesotho, Malawi, Mauritius, Namibia, Swaziland, Tanzania, Zambia, Zimbabwe, Afrika Selatan, Seychelles termasuk Mozambique.
Hazimah berkata, syarikatnya turut menyasarkan perolehan lapan hingga 11 peratus sepanjang tahun ini dan berhasrat meningkatkan pendapatan melebihi 10 peratus pada 2014, didorong pembukaan kilang tersebut.
Mengulas berhubung perolehan bagi pasaran eksport syarikatnya, Hazimah berkata, Petromoc kini menyumbang sekitar lima hingga 10 peratus.
"Kami menyasarkan peningkatan perolehan 20 hingga 30 peratus menjelang 2014 menerusi kerjasama di antara kedua-dua negara ini," katanya.

No comments:
Post a Comment