Sebagai penutup program itu, semua peserta diraikan dalam majlis berbuka puasa dan penyerahan sijil penyertaan, di Masjid Gong Balai, Marang, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A Latiff Awang merasmikan Program Rakan Muda Ramadhan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Terengganu itu, yang dihadiri 1,500 orang termasuk kira-kira 900 peserta tadarus.
Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Mohd Zulkifli Abu Bakar; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Md. Sulji Zakaria; Pengarah Cawangan Perhubungan Komuniti Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Azman Musa dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda dan Ketua-Ketua Jabatan.
A. Latiff yang juga Adun Pengkalan Berangan berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada Ramadan akan datang kerana mendapat pahala berlipat ganda, selain dapat meraikan golongan yang tidak bernasib baik.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment