Menurut beliau UMNO yang sekian lama berjuang dan antara parti yang paling lama dalam politik tanah air masih mampu bersaing dan kompetitif sehingga ke hari ini.
“Dan saya melihat walaupun parti kita antara parti yang paling lama dalam politik tanah air tetapi kita masih berjaya untuk bersaing dalam segmen pengundi muda.
“Walaupun segmen yang bukan mudah tetapi kita kompetitif dalam segmen tersebut”, katanya kepada UMNO- Online sempena ulang tahun UMNO ke-71 yang akan disambut Khamis ini.
Beliau seterusnya menyeru agar seluruh ahli parti menggunakan sambutan tersebut sebagai platform untuk melangkah jauh ke depan.
“Gunalah sambutan ini sebagai platform pembina semangat supaya kita dapat bergerak ke depan berdasarkan track record kita untuk memastikan kemenangan BN.
“Dan kemungkinan besar ini adalah sambutan yang terakhir sebelum PRU ke-14 dan kita nak pastikan sambutan ini dapat membina momentum ke arah PRU dan dapat meniupkan semangat yang tinggi dikalangan ahli kita dan dapat tunjukkan kepada rakyat parti UMNO bersatu dan parti UMNO kuat serta bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” ujarnya.
-MediaUMNO/MJ
No comments:
Post a Comment