Páginas

Sunday 23 July 2017

Selamat Mengerjakan Haji Wahai Tetamu Allah

Oleh: Wan Aziz Wan Idris (MJ)


19 Julai (Rabu), Jertih - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - ADUN Jerteh mengucapkan Selamat Mengerjakan Haji kepada bakal-bakal haji dalam DUN Jerteh yang akan menunaikan ibadat Haji bagi tahun 2017 bersamaan 1438H.


Dato' Pehimi menasihatkan bakal-bakal haji supaya menjaga diri dan kesihatan agar dapat menyempurnakan ibadat haji dengan sebaiknya. Beliau juga memohon kepada bakal-bakal haji semasa berada di dua tanah suci, berdoa kepada Allah SWT supaya negeri dan negara kita terus diberi keamanan dan limpah rahmat oleh Allah SWT.

Sebelum itu, Haji Rozali Embong, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Besut berucap mewakili Dato' Seri Haji Idris Idris Jusoh, yang juga Menteri Pengajian Tinggi mengucap tahniah kepada semua bakal-bakal haji yang dipilih menjadi tetamu Allah SWT. Beliau menasihatkan supaya menjaga tingkah laku dan setiap niat dan kelakuan biasanya dibayar 'tunai' semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Hadir sama dalam majlis ini,Haji Azizu; Jasmi, Salleh Latif, Hajah Norasiah dan Tuan Soh. Majlis diadakan di Kediaman Dato' Pehimi, Kg Batu Tumboh, Kg. Raja.

MediaJertih (MJ)

No comments:

Post a Comment