Kuala Lumpur, 8 Julai 2017 - Sebagaimana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Jertih pada 5 Syawal 1438H, sambuatan yang dikhaskan kepada perantai bagi DUN Jerteh yang diadakan di Restoran D'Saji, Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu, 8 Julai tidak kurang meriahnya.
Dato' Haji Muhammad Pehimi, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh ternyata gembira dengan kehadiran perantau yang berada di Kuala Lumpur khususnya.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut, beberrapa kenamaan lain seperti Presiden PESAT, Haji Idris Mamat - bekas ADUN Jerteh dan beberapa nama lain yang berada di Lembah Kelang.
Menurut Rohisham Abu Bakar, selaku penyelaras program bagi sambutan bagi anak perantau khasnya yang berada di Kuala Lumpur, kehadiran tetamu amat membanggakan dan suasana begitu meriah.
Majlis pada malam itu dihoskan oleh pengacaran RTM juga berasal dari Jerteh, Abeng.
Dato' Pehimi dan To'Puan Roslida mngagihkan duai raya kepada kanak-kanak yang hadir beraya.
Antara tetamu yang memenuhi Restoran D'Saji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
MediaJerteh
No comments:
Post a Comment