Jemaah haji dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima di Tanah Suci bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tumpuan penuh dapat diberikan dalam mengerjakan ibadah haji.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, jangan sesekali mereka ini (jemaah) melakukan kesalahan antaranya membawa risalah-risalah berbaur politik dan sebagainya.
“Kepada bakal haji kita nasihatkan pertama sekali mereka perlu ikut peraturan dan undang-undang.
“Kita harap mereka semua patuh kerana dalam soal mengerjakan ibadah haji, apa yang penting adalah untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap ibadah tersebut,” ujarnya.
Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.
Ahmad Razif turut memohon supaya jemaah haji mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara khususnya dan Terengganu amnya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment