Páginas

Wednesday, 1 May 2013

Usahawan Pertanian Berjaya


Jaminan jadi usahawan


Latihan amalan pertanian yang memenuhi piawaian dan kehendak pasaran.
PENGALAMAN lebih 17 tahun dalam latihan kemahiran terutama sektor pertanian telah memberikan inspirasi kepada Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGROW), Nordin Abdul Malek untuk menjayakan misi melahirkan usahawan tani generasi baru.
Kejayaan beliau melahirkan ramai usahawan tani muda di seluruh negara telah diperakui juga oleh banyak pihak sebagai satu anjakan berganda (quantum leaps).
Kini fokus beliau bukan sahaja mahu melahirkan usahawan baru tetapi pelan melonjakkan pencapaian usahawan tani muda kepada usahawan berpendapatan tinggi dan seterusnya bergelar jutawan.
Oleh itu, beliau telah menubuhkan sebuah pusat latihan pertanian yang dikenali sebagai iGROW.
Modul latihan dan amali iGROW berteraskan keusahawanan sepenuhnya bagi memastikan semua graduan yang dilahirkan bukan hanya berkebolehan dalam bidang teknikal pertanian tetapi juga akan benar-benar bersedia untuk terus menjadi usahawan sebaik sahaja tamat latihan.
"Sudah tiba masanya, kita memberikan perhatian serius kepada usaha memastikan semua graduan pertanian menjadi usahawan dengan mengusahakan pertanian secara komersial dan berskala besar, " katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Penasihat Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) berkata, walaupun pelbagai inisiatif dan insentif disediakan kerajaan tetapi hasilan masih belum begitu membanggakan.
"Ini kerana bilangan usahawan di kalangan graduan pertanian masih rendah, apatah lagi untuk dibanggakan sebagai pengeluar bersaiz besar,'' ujarnya.
Namun, beliau berbangga kerana berjaya menghasilkan ramai usahawan tani muda di kalangan graduan beliau di salah satu pusat latihan pertanian swasta sebelum ini.
Kejayaan terbaru beliau yang terbukti hebat ialah menjayakan program MyAgrosis.
Ini kerana dana MyAgrosis di Agrobank kebanyakannya dimanfaatkan graduan institut milik beliau sebagai kumpulan peminjam tertinggi di negara ini berbanding institusi lain termasuk pusat latihan pertanian awam sendiri.
Selain itu, konsep latihan iGROW juga bersifat pembangunan pertanian di kampung dan desa iaitu dengan cara memanfaatkan ruang dan potensi pertanian di kampung-kampung.
Walaupun begitu, pendekatan dan amalan pertanian adalah berteraskan ilmu, kemahiran, teknologi serta inovasi baru dan segar.
"Konsep ladang iGROW sendiri menggabungkan pelbagai sumber pertanian cara baru di dalam satu kawasan iaitu dusun buah-buahan, tanaman sayur-sayuran, akuakultur, ladang kelapa sawit, ternakan ruminan dan pelancongan inap ladang (moden dan klasik)", ujar Nordin lagi.
Berbeza dengan pusat latihan biasa yang selalunya menempatkan keseluruhan kompleks (kediaman dan ladang) dalam satu kawasan, Nordin pula membahagikan iGROW kepada kawasan kediaman pelatih, tapak amali dan ladang projek berskala besar secara berasingan di sekitar Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak.
"Kami juga ingin memastikan proses latihan dan keusahawanan ini, akan memberikan impak serta limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat terutama dalam memajukan tanah terbiar di kampung-kampung," tegas Nordin.
Kehadiran iGROW memberi nilai tambah kepada pembangunan Mukim Pulau Tiga yang telah diumumkan sebagai perintis program My Kampung My Future oleh kerajaan pada hujung tahun lalu.
Malah, keserasiannya dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, membolehkan beliau mendapat kerjasama pelbagai agensi berkaitan terutama Agrobank.
Pakej latihan bersepadu ini sangat penting sebagai persediaan untuk memastikan keberhasilan yang tinggi dalam usaha beliau melahirkan usahawan tani di kalangan semua graduan beliau.
Sungguhpun iGROW berkonsepkan 'Kolej Latihan Dalam Kampung', Nordin yakin pengalaman dan kejayaan beliau selama ini melahirkan golongan muda sebagai usahawan barisan hadapan pertanian, membolehkan beliau menggunakan resipi baru untuk melahirkan usahawan tani generasi baru bertaraf dunia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130415/ag_02/Jaminan-jadi-usahawan#ixzz2S0vsw06Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengurus jadi penternak lembu berjaya


Oleh RASHIDAH ABD RAHIM

Pekerja Agro Dairy Farm memindahkan susu segar yang dihasilkan lembu susu di ladang tersebut ke dalam tong untuk dihantar ke Pusat Pengumpulan Susu (PPS).
TIGA tahun lepas, M. Jaganatham, bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat perkapalan bertaraf antarabangsa.
Bagaimanapun, atas minat yang mendalam terhadap sektor pertanian dan industri asas tani, Jaganatham, 45, mengambil keputusan meletak jawatan untuk mengusahakan ladang ternakan tenusu.
Juga atas dorongan dan galakan daripada isterinya, M. Letchumi, 40, Jaganatham membulatkan nekad dengan melabur RM1.0 juta sebagai modal permulaan membuka ladang ternakan seluas enam hektar dikenali Agro Dairyfarm Sdn Bhd di Kampung Baru Vinayagar, Gadek, Alor Gajah, Melaka.
Cabaran
Jaganatham, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata, sebanyak 50 ekor lembu jenis Friesian Thailand dibeli sebagai titik permulaan kepada perniagaan ternakan tenusu tersebut.
Pada peringkat awal, katanya, pelbagai masalah terpaksa ditempuh khususnya berkaitan pengurusan ladang, penjagaan lembu dan pengeluaran susu.
“Malah kami pernah mengalami kerugian akibat kematian lembu disebabkan jangkitan penyakit," katanya yang berkecimpung selama lebih 20 tahun dalam industri perkapalan.
Beliau berkata, cabaran terbesar yang dihadapi adalah untuk memastikan pengeluaran susu mencapai tahap maksimum.
Seekor lembu tenusu miliknya hanya mampu menghasilkan lapan hingga sembilan liter susu sehari berbanding pengeluaran maksimum susu iaitu sekurang-kurangnya 15 liter bagi seekor lembu sehari.
Bagaimanapun ini bergantung kepada faktor seperti cuaca dan nutrisi makanan yang mencukupi untuk lembu, jelas Jaganatham.
“Kita tidak boleh mengawal cuaca tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan lembu yang diternak mendapat rumput yang cukup, ini kerana pengeluaran susu bergantung kepada pemakanan.
“Sekiranya lembu mendapat rumput yang mencukupi, ia akan membantu menghasilkan jumlah susu yang banyak," katanya dan menambah bahawa lembu tenusu memerlukan rumput segar dalam kuantiti yang banyak iaitu 10 peratus daripada berat badannya.
Contohnya, bagi lembu yang beratnya 400 kilogram memerlukan kira-kira 40 kg atau dua guni rumput untuk dimakan.
Bagi mengatasi masalah itu, pihaknya kini menanam rumput di sekitar kawasan ladang. Dengan cara itu ternakannya sentiasa mendapat bekalan rumput mencukupi berbanding kaedah sebelum ini iaitu terpaksa keluar dari kawasan ladang untuk mencari dan memotong rumput untuk diberi kepada ternakannya .
Selain itu, Jagannatham berkata, kualiti susu turut menjadi faktor utama dalam memastikan pendapatan bulanan perniagaan tenusunya tidak terjejas.
Beliau berkata ternakan lembu juga terdedah kepada penyakit terutama Mastitis, yang dijangkiti kuman akibat pemerahan yang tidak betul dan tidak bersih.
Bagaimanapun, berkat kesabaran dan usaha keras terutama dalam mendalami ilmu penternakan lembu tenusu dan pengurusan ladang daripada pelbagai pihak, beliau dan isteri boleh menarik nafas lega dengan kejayaan yang dinikmati sekarang.
Jaganatham berkata, ladangnya kini semakin berkembang sehingga meliputi kawasan seluas 11 hektar dengan 121 ekor lembu tenusu melibatkan keseluruhan aset semasa pada tahun lepas berjumlah RM1.5 juta berbanding RM1.3 juta pada 2010.
Beliau berkata pengeluaran susu ternakannya juga telah meningkat walaupun belum mencapai tahap pengeluaran maksimum.
“Kita belum mencapai tahap pengeluaran maksimum susu lembu. sekarang ini seekor lembu di sini mampu menghasilkan susu kira-kira 12.7 liter berbanding tempoh tiga tahun lepas," katanya yang juga pensyarah di Akademi Laut Malaysia (ALAM) Masjid Tanah di sini.
Susu yang dihasilkan daripada ladangnya kini berjumlah antara 550 hingga 570 liter sebulan. Susu berkenaan dibekalkan kepada Dutch Lady Malaysia pada harga antara RM2.20 dan RM2.30 seliter.
Beliau berkata pendapatan bulanannya juga dijangka meningkat dengan penerimaan peti simpanan sejuk susu berkapasiti 310 liter daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Dengan adanya peti simpanan sejuk itu, susu yang dihasilkan dapat disimpan dengan lebih baik dan penghantaran susu ke Pusat Pengumpulan Susu (PPS) yang terletak di Pengkalan, Alor Gajah dapat diminimumkan.
“Tanpa peti tersebut susu yang dihasilkan perlu dihantar ke pusat pengumpulan dua kali setiap hari iaitu pagi dan petang namun kaedah penyimpanan susu melalui peti penyejuk dapat menjimatkan kos penghantaran," katanya.
Bantuan peti simpanan sejuk susu yang dinikmati Jagannatham adalah sejajar objektif ETP dalam pembangunan kluster susu bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu negara. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130422/ag_03/Pengurus-jadi-penternak-Lembu#ixzz2S0vTN8Yv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 29 April 2013

Usahawan Bumiputera disaran perluaskan promosi


SEORANG bekas tentera sebak ketika mendengar sajak patriotik yang dideklamasikan oleh Pak Nuri pada Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC), Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAFIYANA SALIM

KUALA LUMPUR 28 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semangat patriotisme memiliki pengertian luas dan perkara itu tidak terbatas kepada perjuangan mempertahan kedaulatan negara semata-mata.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, semangat berkenaan turut merangkumi perjuangan mempertahan perpaduan negara, pembangunan ekonomi dan sosial selain memastikan tanah air bebas daripada ancaman akidah dan agama khususnya bagi orang Islam.

Jelasnya, dari segi mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara, perkara itu adalah prasyarat untuk negara terus berjaya pada masa depan.
“Jangan ada puak-puak luar cuba menceroboh negara. Untuk itu, kita akan bangkit dan bangun menentang mereka supaya kedaulatan negara dapat terus dipertahankan. Kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu misalnya, membuka mata rakyat untuk menilai betapa pentingnya kita mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

“Kita perlu sokong tindakan pimpinan kerajaan untuk mengukuhkan pertahanan negara dan kalau terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk kita kukuhkan aset pertahanan negara, saya sokong," katanya.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 6,000 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sempena Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Menurut Muhyiddin, dalam soal keamanan rakyat perlu melihat bagaimana pergolakan di Asia Barat meruntuhkan tamadun negara itu yang terbina sejak ribuan tahun kerana tiada perpaduan dan kesatuan.
Jelas beliau, begitu juga pertahanan daripada ancaman akidah dan agama yang mana rakyat perlu menilai sikap pembangkang kerana secara terbuka memperjuang hak asasi manusia termasuk pluralisme, liberalisme serta amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Peliknya, dalam gabungan mereka (pembangkang) ada Pas dan bagaimana banyak perkara yang dinyatakan pemimpin mereka berhubung agama amat bertentangan. Amanat Haji Hadi yang menyebabkan perpecahan Melayu Islam sehingga kini tidak ditarik balik.

“Oleh itu, jangan biarkan orang lain mengancam akidah kita. Kita harus tolak mereka ini," katanya.
Dalam soal perpaduan dalam negara pula, tambah Muhyiddin, perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi adalah untuk mengekalkan kerjasama serta perpaduan kaum.
“Begitu juga soal pembangunan ekonomi dan sosial. Hari ini kita (kerajaan BN) membina pembangunan untuk semua kaum dengan memastikan tiada sesiapa pun yang akan terpinggir.
“Sebab itu dalam tempoh empat tahun ini sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, kita membawa transformasi besar dalam negara dan langkah-langkah sebegini penting untuk diteruskan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_01/Patriotisme-miliki-pengertian-luas#ixzz2RpPFWX65
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tuesday, 11 September 2012

Selamat Berjaya Buat Semua Calon UPSR 2012...

Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Berjaya buat semua calon-calon UPSR 2012 seluruh Malaysia dan adik-adik DUN Kota Putera khususnya.. 
Baru-baru ini satu program Pemuafakatan Kecemerlangan UPSR 2012 daerah Besut telah diadakan di Dewan Maktab Perguruan Sultan Mizan, program tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Haji Muhammad Pehimi Yusof , ADUN Kota Putera. Di dalam ucapan perasmian beliau, beliau mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua calon-calon dan mendoakan mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya mengekalkan rekod yang di pegang oleh daerah Besut, dimana daerah Besut mencatatkan keputusan UPSR terbaik di Negeri Terengganu dan membantu negeri Terengganu menjadi Johan Malaysia bagi keputusan UPSR terbaik...

Selamat Maju Jaya buat semua Calon-calon USPR 2012..

wajah-wajah bakal pelapis kepimpinan negara

Ibu bapa turut hadir sebagai sokongan moral kepada anak-anak.

Wajah seorang ibu yang ingin melihat kejayaan anaknya.

Ibu bapa menjadi saksi Ikrar anak-anak..



Published with Putera

Monday, 10 September 2012

Pemimpin Beraya Bersama Mahasiswa/i Daerah Besut.

Tahniah dan syabas kepada pimpinan Gabungan Mahasiswa/i Besut diatas kejayaan menganjurkan Program Sambutan Hari Raya Mahasiswa/i daerah Besut di Dewan Gong Kemuntung baru-baru ini..Program tersebut mendapat sambutan yang amat mengalakan apabila dianggarkan seramai 1,600 lebih orang mahasiswa dan mahasiswi daerah Besut menghadirinya. Pelbagai acara telah diatur untuk mengisi program tersebut antara yang paling menarik dan mendapat perhatian ramai adalah cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiah yang disediakan sangat menarik.. Antaranya adalah Basikal Fixie, Komputer Riba dan juga Ipad..
Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. A. Rahman Mokhtar, ADUN Kuala Besut yang juga EXCO Kerajaan Negeri dan juga ADUN Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof.  Sementara itu, sebilangan mahasiswa dan mahasisiwi yang ditemui merasa amat gembira dengan program yang dianjurkan ini kerana mereka berpendapat program ini merupakan satu hub untuk mereka bertemu dengan rakan-rakan disamping dapat bertukar-tukar idea pendapat dan juga pengalaman.. Mereka berharap program seperti ini di jadikan program tahunan..

Ruangan dewan dipenuhi dengan mahasiswa/i besut.

pemenang bertuah basikal fixie

Mahasiswa bertuah mendapat komputer riba.

pemenang I-pad.

Mahasiswa/i Besut mengambil peluang bergambar bersam pemimpin-pemimpin kesayangan.

YB Pehimi sempat bertanyakan khabar para mahsiswa.

Published with Putera.

Merdeka-Raya di Dun Kota Putera.....

Tahun ini merupakan satu tahun yang agak istimewa di mana Syawal dan hari Kemerdekaan Negera kita disambut pada bulan yang sama..Justeru itu, ramai pihak mengambil inasiatif menyambut kedua-dua sambutan yang bermakna ini secara serentak.. Mereka menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan juga pada masa yang sama melancarkan majlis sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan di atas keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hasil dari kemerdekaan negara ini, disamping turut meraikan kemeriahan Aidilfitri yang masih hangat dirasai..
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof sempat meluangkan masa turun padang menyertai dan memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh beberapa pihak JKKK, NGO dan badan-badan kerajaan..

merdeka-raya JKKK Kg Kubang Ikan.

Semangat merdeka dan kemeriahan raya terpancar di raut wajah kanak-kanak
Majlis Aidilfitri Kampung Beting Lintang.

Perarakan membawa Jalur Gemilang di Kg Beting Lintang

Sambutan Aidilfitri di Kg Gong Kepas Dalam


YB Pehimi melawat dan bertanyakan khabar "orang dapur"..
Basikal berhias sempena sambutan Aidilfitri dan ambang merdeka anjuran KRT Seri Nangka.

Published with Putera.