Jommm!
Sunday, 10 May 2015
UniSZA Cipta Rekod Tulisan Kalimah Allah Terpanjang
AUTHOR: FAUZI MOHD | 7 MAY 2015
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Projek Tulisan Sejuta Kalimah Allah yang menggunakan lukisan cat air terpanjang pernah dilakukan di negara ini.
Pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBOR, Mohd Azwarin Ahmad kepada Naib Canselor Unisza Prof Dato’ Dr Yahaya Ibrahim sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada majlis pelancaran Karnival Unisza Universiti Komuniti ‘Dari Mata Turun ke Hati’ di Padang Lapang Sasar kampus Gong Badak, hari ini.

Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus, Bandar Moden Dalam Taman
AUTHOR: FAUZI MOHD | 9 MAY 2015
Berangkat sama ke majlis itu, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan bandar baharu Daerah Kuala Nerus sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah.
*****
Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus di Kampung Baruh Tok Jiring, hari ini.Berangkat sama ke majlis itu, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Di Mydin Mall Gong Badak Ahad Ini
AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 7 MAY 2015
Kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan bersempena Jelajah Keluarga Bahagia Peringkat Negeri Terengganu Bagi Tahun 2015.
Majlis Sambutan akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, di Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 10 Mei 2015 (Ahad), kira-kira jam 3 petang.

Thursday, 7 May 2015
Ini Bukan Soal Simpati Atau Kasihan, Ini Soal Masa Depan – Shamsul Anuar
Oleh : Wan Hafiz Hamzah
PERMATANG PAUH, 6 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini merupakan ruang dan peluang yang terbaik buat pengundi di kawasan ini untuk menentukan masa depan mereka dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan masa dan tumpuan di kawasan yang mereka wakili.
Ini kerana menurut beliau, sudah berbelas tahun Permatang Pauh mempunyai wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan sehingga menyebabkan pelbagai perkara khususnya kebajikan rakyat dan pembangunan yang sepatutnya dilakukan oleh wakil rakyat di setiap kawasan.

Subscribe to:
Posts (Atom)